RSS

Hari ketiga di JB..apa nak buat?

Hari ni hari kedua kami anak-beranak dok kat hotel. Boring? Jangan cakap la.. nasib baik la dalam bilik pun ada wifi so the kakaks occupied sket dapat layan kartun kt youtube. Itu pun lama mana la sgt attention span derang. Bukan cam adult yang bley ngadap laptop berjam2. Bila boring dah maximum level mula la sume nak melasak berkubang atas katil.. lantak korang la, asalkan bahagia. Ada je tempat nak berjalan.. Jusco kat sebelah hotel je tapi kalo cinta ada pun dah berlari2 semput mengejar budak2 ni, saya nak carik pasal gi bawak derang bertiga sorang2? Dengan terboyot-boyot sarat nak bawak perut pun penat. Hah.. mau bebi baru ni kang tempat beranak dia Jusco Permas Jaya hahahahaha!

420815_3482943522841_1308399617_n

1st nite kt sini hari tu papa layankan peel anak2 bawak gi funfair. Happy sangat si Yaya sebab memang dah lama sgt dia mintak nak gi naik segala menatang tu cuma x berkesempatan nak bawak. Nasib badan la kan sebab adik2nya stok tido awal.. kol 8.30 malam sume dah menguap luas sedangkan masa tu la funfair baru nak warm up huhuhu..

Photo-0004

Naik pun x banyak.. buat syarat je bagi Yaya excited sket. memula naik Spinning Cup.. itu pun Hana dah melalak2 takut. Adoii la Hana.. harap ke badan je bulat tapi penakut! Lepas tu naik Train Ride plak.. yang ni ok la sebab Hana memang suka chuggington. Khayla masa ni dah mengantuk so dia x banyak bunyi. Mana yang orang angkut gi dia ikut je..

Photo-0020

Saya paling suka gambar ni sebab nampak sgt happy faces anak beranak bertiga ni.

Photo-0014

Ni plak Khayla dah lalok.. masuk kete je trus tido. X sempat nak mintak susu bagai. Memang ngantuk sangat2 sedangkan masa balik tu baru kol 10 malam. Last skali naik Horse Ride ni plak. Hana jangan harap la nak naik kan? Khayla plak bawah 2 tahun naik free so dia ngan Yaya je la naik. Itupun kena pegang kuat sebab dia dah ngantuk sesangat. Puas hati la derang dapat spend time ngan papa gi funfair ni..

Photo-0035

2nd day sume dah mati akal dalam bilik. Mati la nak menunggu ke hari Sabtu. Kalo saya sorang haruslah saya bantai tido je. Alang2 dapat rehat sebelum nak ada baby baru ni tapi sebab derang bertiga ni nak melasak tu yang kesian. Terperap je dalam bilik. Saya memang dah x larat nak bawak gi mana2 pastu papa plak gi kol 7 pagi kol 5 petang kang baru nampak muka. Kalo camni gayanya lepas ni dah x ley ikut kot. X berkembang otak budak2 ni kang asyik terperuk je kejenya. Bukan setakat anak, maknya pun mati kutu. Kita tunggu je la papa balik masa weekend kat rumah. Cepat la masa berlalu.. dah x larat sangat nak melayan macam2 ragam budak2 ni. Hari ni baru hari ketiga.. apa kita nak buat hari ni anak2?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: