RSS

Kenapa bersedih?

2-3 hari ni emosi saya sgt2 x stabil even status saya kt FB pun sedey2 je.. nak bercerita pun x tau dari mana nak mula. Baru nak taip entry ni pun air mata dah berjejeh.. sungguh saya emotional tahap kritikal sekarang. Apa puncanya saya kememeh sampai tahap camni?

Alhamdulillah.. rezeki baby, cinta dapat keje baru. Bertambah lah rezeki kami sekeluarga. Bulan lepas cinta gtau this month start. Kalo ikut apa yg saya faham dari apa yg cinta bagitau for the 1st 6 months, dia akan based kt KLCC utk commisioning then baru kena keje offshore rotate 2 minggu.. now & then dia akan kena gi yard. Ok la.. sempat la baby baru ni nak besar kenal papa dia. Lagi pun masa yang ada tu boleh train saya ngan anak2 untuk hidup berjauhan dengan cinta. Bila dah berkahwin dengan orang yg nature kejenya mcm cinta saya dah cuba faham possibilities untuk kena tinggal. Setakat di tinggal2 kan sbb outstation & offshore tu dah jadi rutin. Tapi x tau la kt mana misscommunicationnya, Isnin lepas masa cinta report duty khabar yg di dengar totally different. Cinta will be based in Pasir Gudang & akan pergi ESOK! There goes our normal husband&wife life.. starting tomorrow we will be weekend couple. Xde seminggu, xde sebulan untuk saya prepare emosi & mental.

Maka hari Isnin malam tu dah terbayang life yang saya akan hadap sorang2. Kalo preggy mom lain di hujung2 kehamilan ni nak suami sentiasa ada di sisi.. saya? Dah la kerap sgt contraction & de possibilities utk preterm labor, cinta plak jauh nun di selatan. Senang2 je airmata saya meleleh x kira masa.. dengan badan yang x larat, emosi yang x stabil segalanya rasa cam x adil untuk saya. Series emosi saya pada cinta masa tu bercampur.. tapi lebih kepada marahkan dia sbb terima job tu! Keputusan dia la punca segala apa yang kami dh ada ni jadi kacau bilau. Kalo ikutkan sekarang, life kami semuanya dalam aturan yang baik. Sekarang dok sama2 satu family, dia keje 9 to5, hari2 balik rumah, sama2 besarkan anak2 depan mata, dalam proses beli rumah, tahun depan Aulia dah start skolah.. semuanya well-planned. Tup2 dengan decision dia.. segalanya jadi tunggang terbalik! And to make it worst, it all happened masa saya tgh sarat & terlalu perlukan emotional support!

Tapi bila di fikir2kan balik segalanya Allah dah tetapkan.. Allah dah tentukan. Typical saying of “kita hanya merancang.. Allah yang tentukan". Ini salah satu cara Allah nak uji rumahtangga kami, kesabaran kami dengan hidup berjauhan. Orang lain pun ada kena tinggal dengan suami sampai 2-3 bulan, jauh sampai ke luar negara lagi. Apa sangat la saya yang kena tinggal dgn suami setakat kerja kt selatan je. Weekend pun bley balik jumpa.

I’m in my weakest emotional state right now.. dengan badan yang lemah x bermaya di hujung2 pregnancy ni, dengan contraction yang kerap datang menjengah, dengan nak menguruskan 3 lagi budak kecik yang baru nak membesar.. segalanya buatkan emosi saya terlalu sensitif. Semuanya terlalu drastik.. sikitpun saya x bersedia. Semalam saya ada hidup yang normal, bangun pagi cinta ada di sisi, bila saya lelah x berdaya dia ada untuk uruskan anak2, bila saya marah2 dia ada untuk pujuk saya, bila saya sakit dia ada untuk tenangkan saya.. HARI NI? Segalanya saya perlu gagahkan diri buat sendiri.. entah bila agaknya saya akan dapat balik normal life kami? Mohon Allah bagi saya segala kekuatan untuk berjauhan dengan cinta, untuk besarkan anak2 tanpa bantuan, untuk bersabar dengan segala ujian yang bakal mendatang.. mungkin yang pertama ni kekuatan untuk melawan kesedihan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: