RSS

Perancangan yang di rancang…

Semalam 13/09 saya dah start cuti awal 2 minggu.. saje amik cuti awal sebab dah x larat sgt asyik rasa contraction je. Kononnya nak rest la kan tapi rasanya x dapek la kot. Sekarang saya ada kt Klana Resort, Seremban ikut cinta keje kat sini then malam ni nak gerak balik Batu Pahat sebab adik ipar akad nikah malam ni then esoknya kenduri kawen. Saya dah cukup 36 minggu hari ni so dapat bayangkan x betapa rasa nak patahnya pinggang saya bila dok dalam kete travel jauh2.. orang yang x merasa x paham la kot. Mentang2 saya gagah bertahan boleh buat itu ini lagi sume orang assume saya xde pepe la sedangkan Allah saja yg tau cane perut saya rasa nak terburai bila berjalan jauh sikit, pinggang ni macam nak patah dua bila duduk lama2. Nak tunggu saya terbaring kat katil hospital dulu baru nak ada rasa simpati kot. Saya terpaksa aktifkan diri pun sebab anak2, kalo bukan saya yang uruskan derang dah xde sape lagi. Maybe nak kena cop kat dahi “Please remember, I’m heavily pregnant..” baru orang keliling nak amik tau sket. Saya x harapkan simpati sebab selama ni segalanya saya yang uruskan sendiri, jauh sekali nak mengada-ngada tapi tolong sensitif sket dengan keadaan & perasaan saya.

304310_3469546947935_1700618490_n

Kadang2 kalo hati ni dah rasa marah sgt saya doa biarlah saya turun darah bleh serah diri kat hospital biar beranak terus tapi Allah x makbulkan doa saya. DIA lagi tau apa yang terbaik untuk saya. Cepat2 istighfar, mintak ampun sbb doa yang bukan2 ikut rasa amarah tu. Allah je la yang Maha Mengetahui perang emosi dalam diri saya ni. Semoga Allah berikan kesabaran yang tinggi untuk saya menghadap segalanya ni. Nasib baik la tokmama & babah sanggup datang dari jauh nak spend time menjenguk cucu2 yang tengah melasak ni. Kurang sket beban fizikal nak melayan budak2 ni. Sungguh saya rasa terlalu lambat masa nak berlalu dari minggu ke minggu.. bila la nak beranak ni?

527361_3469549507999_36232748_n

Lepas kenduri SIL, insyaAllah nak gerak ikut cinta ke JB. Stay seminggu kat sana. Kalo ikutkan hati saya lagi rela duduk rumah je dari nak travel jauh2 yang sah2 buatkan saya sakit satu badan. Tapi mengenangkan anak2 yang nak dekat dengan papanya, kebetulan plak saya dah x keje.. relakan je la. InsyaAllah end of September schedule ceasar. Cepat la masa berlalu.. saya dah x larat sangat both physical & mental. Being strong needs a lot of effort and it’s not easy especially when you feel that someone who is supposed to be the one for you cannot be your shoulder to cry on..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: