RSS

Last day @ JB

Hari yang di nanti dah tiba.. memang la kali ni saya x sabar nak balik rumah! Dengan condition kesihatan sekarang ni sememangnya dok hotel seminggu kali ni adalah x best langsung. Tambah plak bukannya bercuti, cinta gi keje then saya sorang dok handle anak2 yang super lasak! Dah la tengah sarat dengan contraction yang on-off, tahap sabar saya memang dah nipis sgt. Patutnya hujung2 pregnancy ni kena banyak bertenang tapi saya makin stress ada la.

Anak2 plak boring asyik dok buat rutin yang sama tetiap hari mula la nak carik pasal. Bley kata masing2 amik turn nak kena marah.. lepas sorang..sorang. Korang nak bagi mama meroyan sebelum beranak agaknya kan? Dari yang besar sampai la yang kenet ada je point nak carik pasal.

426208_3494874941119_1894299940_n

Pagi ni punya cerita.. Khayla bangun dulu then nampak Hana tgh tido lagi. X aman hidup dia kalo nampak seteru dia nan satu ni aman bahagia.. so mula la cuit2, korek mata, korek telinga nak suruh orang tu bangun. Sekali Hana plak tengah ribut taufan baru bangun tido, diterajangnya muka Khayla sampai berdarah mulut. Adoii la.. ingatkan dah nangis2 nak berenti kat situ je.. TAKKKK.. dia gi belasah dulu muka Hana pastu berjejeh2 darah kat baju Hana. Dah saya konfius sape yang berdarah sebenarnya? Bila dah basuh turns out Khayla yang berdarah mulut tergigit lidah agaknya. Apsal ganas betul anak2 aku nih?

Yaya plak bila nampak adik2 bergocoh dia plak sibuk nyaring menjerit2 “Sudah lah! Stopppp!” boleh bayangkan x keadaan bilik hotel yang huru hara di pagi hari? Mintak maaf la orang sebelah menyebelah ye.. orang lain gi hotel nak dok aman tenteram haiisyy.. Menduga iman & kesabaran mama betul la korang ni. Ni cara2 anak perempuan ni..

Dah la dari semalam perut ni de on-off contraction. Baby mengeras dalam perut x berhenti. Semalaman saya x tido. Kalo ikutkan hati nak je saya ajak cinta balik PJ malam tadi. X tahan sgt dah.. tapi mengenangkan hari ni dia keje lagi maka saya gagahkan jugak la. Lagipun gynae cakap selagi xde pecah air ketuban atau blood show & baby pun gerak cam biasa there’s nothing to worry. Cumanya kena tahan sakit la. Kalo cara malam tadi de kt rumah, saya serah diri kat KJMC dah mintak pain killer. Sakit dah tahap hilang akal di buatnya..

Tunggu kol 12 nanti insyaAllah bertolak balik PJ. Saya x sabar nak balik rumah. Biar mek2 ni lepas bebas kat rumah buat aktiviti derang dengan mainan & familiar environment. Esok lusa anta je derang gi taska. Derang ni kena ada aktiviti, kalo x lasaknya lain macam sgt. Jangan harap la masa mama dalam pantang korang bley dok umah, haruslah tetiap pagi mama suh tokbabah anta korang gi taska kalo x, mau jadik kapal karam rumah kita tu huhuhu..

57896_4142633076908_1091932813_n

So this is it.. bye2 JB for now. Lambat lagi kot nak datang sini dengan baby baru lagi.. Lagipun next time nak datang sini nak kena pk 118 kali dulu. Serik rasanya nak bawak budak2 ni kalo emosi x kuat.. boleh hilang akal di buatnya! Papa keje leklok eh.. biarlah anak2 dok dgn mama kat umah je dari tetiap hari mama mengamuk macam orang gila sebab peel anak x terkawal. Biarlah papa keje dengan tenang ye..

I’m coming home.. I’m coming home.. tell the world I’m coming home!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: