RSS

Hujung-hujung

Xde la hujung sangat kan? Baru nak mencecah 35 minggu tapi saya rasa macam apsal la terlalu lambat sgt masa nak bergerak dari minggu ke minggu? Kadang2 tu nak je mintak biar la cepat2 beranak sebab x berdaya nak membawak perut dh. Berjalan pun dah termengah2 Last week baby dalam perut dh start buat perangai.. contraction kerap sampaikan mama kena tadah bontot amik dexa jab. Orang yg dh rasa tau la betapa tebalnya jab tu sampaikan rasa cam nak rebeh bontot sementara ubat pekat tu nak berjalan. Adoii la.. sibbaik x admitted. Masa2 ni la rasa sumpah lepas ni aku dah xnak beranak!

303662_3422447610481_1922957243_n

Maybe faktor anak2 yg sedia ada ni berderet dah tu rapat2 plak jaraknya buatkan saya rasa x mampu. Appointment last week gynae dah bagi surat approve saya cuti 2 minggu awal dari tarikh schedule caesar tapinya nak menunggu ke hari cuti tu pun saya dah rasa semput. Memang saya ni jenis lembik ke x tau la.. orang lain tunggu sampai 40 minggu relax je. Saya ni yg dah sah2 ada tarikh nak beranak pun lembik x bermaya di tambah dengan emosi yang x menentu buatkan saya makin xde semangat.

Lagi 3 minggu nak mencecah tempoh matang nak beranak.. aduhaii, cepat la masa berlalu. Saya dah x mampu nak menahan rasa.. Saya doa banyak sgt biarlah saya kuat hadapi segala dugaan. InsyaAllah, ada hikmah yang Allah dah tetapkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 say what?:

Lin said...

sabar may :D. hope everything went well yaa.. btw, dah tau ke jantina baby?