RSS

Day 5 at JB

Hari ni plannya adalah x keluar dari bilik..boleh? Series rasa nak terperap dalam bilik je. Badan rasa lemah longlai x bermaya sangat. Breakfast pun mintak room service je. Nasib baik lah ada sosej ngan fries bagai, kena la dgn selera mek2 cerewet ni. Tengok lah keadaan camne, kalo agak2 huru hara x bley dikawal sgt baru bawak derang ni berlari kat bawah. Budak2 tengah nak besar mana bley di halang derang nak lepas bebas..

578354_3489447605439_1541637842_n

Semalam pun dah de aura malas nak keluar bilik tapi bila lepas mandi derang dah segar pastu aktif lain macam x ley nak kontrol maka kena gak bawak keluar. Channelling their energy.. kalo x satu hotel tu bley bergegar dengar mama menjerit!! Nasib baik la ada extra tenaga so bawak derang gi Jusco sebelah. Itu pun separuh nyawa menjerit sebab Yaya ngan Hana macam anak kambing terlepas kandang bila dapat gi jalan. Adoii la.. tu belum si kenet yang pantang nampak apa sume nak pegang. Separuh nyawa gak la..

62576_3489448605464_1611095343_n

Yaya ngan Hana paham gak kalo mama marah cakap nak cubit, derang pause gak berlari tapi kalo si kenet ni menonong je dia gi ikut kaki. Marah pun xde efek huhuhu.. Yaya request nak makan aiskrim so bawak la makan kt booth McD. Layan la derang makan aiskrim 3 beradik pastu bawak gi kat tempat mainan bagi derang layan perasaan jap. Aman la kejap mama bila derang buas kat situ je.

Balik tu sume dah keletihan, senang je terbongkang tido. Dekat kol 4 petang baru suap derang soto yang tapau masa tengahari tadi. Maybe sebab dah lama sgt terperap kat bilik so Khayla de habit baru yang susah di kawal. Pantang de peluang je mesti dia nak belasah Hana.. dah jadi macam punching bag. Tambah lagi Hana ni sket2 nak nangis lagi la jadik kepuasan kat dia nak belasah Hana.. de respon! Belasah bukan cara sket2 plak tu. Dia panjat atas badan Hana pastu gedibuk sampai 5-6 kali. Adoii la.. apsal ganas sgt ko ni baby? Memberontak ke hape?

InsyaAllah kalo xde aral, esok dah nak check-out. Bahagia sgt rasa hati sebab bley balik umah sendiri. Kecik2 rumah pun xde la rasa terkongkong cam sekarang. Tapi bila dah nak balik rasa sedey la plak sebab yang pasti akan berjauhan balik dengan cinta hati. Adoii la.. berapa lama nak kena hadap long distance relationship camni? Berbelah bahagi rasa hati.. jiwa.. tolong la kuat. InsyaAllah ada hikmah segala apa yang Allah dah tentukan ni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: