RSS

Yasmeens & Jaundice

Tak dapat di pisahkan hakhak! Dari Aulia sampai la ke Zulfa, lepas discharge dr spital je 2-3 hari lepas tu mesti admitted balik due to jaundice. Cuma Khayla je selamat x kena dok bawah lampu sebab jaundice dia border line.. Sebab utama mama darah O, derang 4 beradik ikut darah papa B+ boley? Mama yang penat2 beranak kena belah perut bagai tapi sume nak ikut darah papa eh? Untung papa tau.. kalo pepe jadi kt papa senang anak2 sume sama kategori darah huhuhu..

IMG_20120927_154204

Masa Aulia dulu memang sedih giler bila dia admitted jaundice.. asyik nangis je bila tengok dia dok bawah lampu tambah lagi kalo kena amik darah. Tu cara dok spital swasta.. kalo dok spital gomen mau meroyan la. Anak 1st kot, rasa syahdu tu lebey sket huhuhu.. masa tu dok kt Kerteh, beranak kt Kuantan so bila Aulia admitted dengan mama skali la masuk wad sbb nak breastfeed dia. Masa Hana plak dah dok Kuantan so berulang-alik hantar susu kat KSH je.

399693_3518926502393_1149820155_n

Masa Khayla puas tokmama ngan babah sibuk mencari remedy nak turunkan kuning, segala susu kambing, jus anggur hijau dia kena telan hakhak! Alhamdulillah Khayla x kena jemur bawah lampu biru.. mild jaundice. Kali ni Zulfa, dari hari discharge dah nampak kuningnya tapi ingatkan bila dh bf ok la tapi hari ke-6 bawak jumpa paed suh amik darah tengok2 reading dah sampai 270.. memang sah2 la kena tahan kan? Kali ni mama redha je la.. bila kat spital kita tau baby tu in good hands kan? Doc & nurses tau apa nak buat kalo de pepe emergency. Saya cuma hantar stok EBM 2x sehari.. Alhamdulillah esoknya turun 250, hari ketiga turun 215 paed bagi discharge. Berkat susu mama kuning baby Zulfa pun cepat turun kot..

548278_3525989318959_1368788202_n

Semalam bawak Zulfa gi follow up kat paed. Alhamdulillah semua ok.. paed cakap still nampak lagi kuning tapi considered as mild jaundice. Continue bf je.. so sekarang dah x yah risau2 lagi. Yasmeens sume dah free from jaundice. Mama doakan anak-anak mama sihat sentiasa ye. Hugs & kisses untuk anak-anak mama. Red heart

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: