RSS

Lagi 5 hari..

2 minggu blog bersawang tau2 je hari ni dah hari ke-39 berpantang..tinggal 5 hari je lagi nak abis tempoh berpantang weehoooo!! Apa sgt la yg best pun? Nak kata bley gi holiday, cinta keje bukan ley cuti. Maka sangap la kami anak beranak kat kampung ni..anak2 plak bila terperuk je kat umah mula la lasak derang x terkawal. Hilang akal mama ni nak handle semua serentak wat perangai. Kalo kt umah PJ, haruslah lepas abis je pantang mama anta korang gi skool pastu mama gi spa ke,wat hair treatment ke huhuhu.. Ni dah kat kampung x sampai hati la plak mama nak tinggalkan kt tokmama ngan babah. Dah la jagakan masa pantang, dah abis pantang lagi mau tinggal pergi berjimba plak huhuhu.. Mama tunggu papa balik je la, tolong jagakan anak2 pastu mama plak having ME time..ley kan papa? *kenyit mata sket*

Xde beza pun pantang kali ke-4 ni..pantang makan yang sejuk2 ngan gatal tapi yg lain men bedal je. Xde la meleleh air liur sgt pantang kali ni sebab tokmama pun pantang cara moden. Menyusukan  baby, makan kena la de khasiat. Dah la berjaga malam lagi..x kan nak makan nasi ngan ikan bilis je? Huhuhu..x lalu la tekak aku ni! Sendiri mau ingat la..dah anak ke-4 kot, kalo degil nak makan bukan2 masa pantang ni rasa sendiri la bahananya lepas anak dah besar sket nanti. Pepandai la jaga diri sendiri..badan nak pakai lama.

X tau kenapa excited sgt nak habis pantang hakhak! Nak keluar berjalan? Masa dalam pantang pun xde la lekat kat rumah sgt pun..merayap merata x hengat sampaikan tokmama sound "Sakan aiihh mama dia..lupa diri kot baru beranak." hahahahahaha! Lepas tu terus serot kepala cam kura-kura. Terus dok umah dgn tawadhuk nya..

So lagi 5 hari nak abis kan pantang..yeaaaa!! Seronok gak la walopun lepas ni x merasa dah nak pantang lepas bersalin..sobs :( Dah takat tu je rezeki yang ada. Mari fikirkan masa depan huhuhu..camne saya nak besarkan anak dara berempat ni tanpa stress? Syukur Alhamdulillah saya ni ada sampai 4 orang kan, cane la perasaan orang yang xde anak langsung?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: