RSS

Cinonet dengan peel ‘comey’

Hari ini cinonet sorang ni baru berusia 12 hari.. dia sudah tunjuk peel ‘comel’nya Smile Lepas discharge jaundice aritu Zulfa dah start on-off direct feeding, kejap mau kejap x mau ikut sedap tekak dia je tapi semalam makin kritikal.. aduhaii, sedihnya hati mama sebab kali ni susu agak meriah. Sangat rugi rasanya kalo baby x direct bf. The kakaks dulu pun kena tahan wad gak tapi bila balik elok je bf tapi Zulfa ni nak latch pun dia main2, muncung2 mulut dia mcm hisap putting botol. Bila dah lama sangat x dapat gak susu mula start mengaruk.. eh2 dah ko latch pun x betul celah mana nak dapat susunya! Hangin je mama tahan sabar.. nak di marah, baby umur 12 hari. Sudahnya stress sendiri huhuhu..

IMG_20121001_124918

Saya masih belum putus asa.. tetap sumbat gak Zulfa ngan nenen bila sampai masa feeding. X bley tunggu dia lapar baru bagi kang lagi kuat dia mengaruk.. masa dia mamai tu bagi tapi dari 5 kali try tu de la dalam 2 kali berjaya dia minum direct. Itu pun x sampai 10 minit pastu dia start melalak x puas menyusu uwaaaaaa.. mama yang stress tau! Mungkinkah kali ni mama bakal jadi EP mom? X kisah la kan.. yang pentingnya sekarang saya nak bagi baby dapat khasiat susu ibu. Kalo dah Allah kata kali ni baby cuma akan nikmati susu mama thru bottle.. redha la. Stress2 sgt kang jejas production susu plak.. tapi buat masa sekarang saya x kan putus asa bagi baby direct feeding. Alang2 tengah berpantang dok umah dengan baby, usaha la selagi termampu. Hopefully this will just be a phase.. please move on baby Zulfa.

IMG_20120930_074703

Lain anak lain peelnya kan? Biar pun keluar dari perut yang sama.. alahaii anak. Mama doakan Zulfa nak direct feeding dengan mama. Dah la nak nenen pun memilih, nak sebelah kanan je.. kalo sua yg sebelah lagi kuat dia meraung huhuhu.. Mama kena disiplinkan diri untuk pam every 3 hours nak make sure production susu x terjejas. Semoga mama di beri kesabaran yang tinggi untuk terus mencuba. Semoga mama kuat2 semangat nak bf kan Zulfa selama yang termampu biarpun di takdirkan jadi EP mom. Kuat-kuat semangat untuk terus berikan yang terbaik untuk anak2 ye mama!

IMG_20121001_131356

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: