RSS

Tantrum two..haiisy..

Photo0315 

As to date umur Yasmeen Hana sekarang ialah 2 tahun 2 bulan 2 minggu.. lucky no.2 huh?! Hazab oke! Sangat menggetarkan jiwa raga nak membesarkan mek kenet ni sekarang.. boleh kata sume mende dia nak mengamuk kalo x kena dgn piawaian dia huhuhu.. Apa tahap piawaian dia? Hanya dia yang tau.. kadang bila kita wat camni ok, next 10 minutes dh x kena gaya plak. Hadoii la.. kejenya mengamuk! Kalo dia ngamuk sorang2 selalunya saya buat x tau malas nak layan tapi bila dia start buat kakak dia.. hah, itu yang buat mama meroyan!

Photo0432

Last week dalam kol 6 lebih gitu derang 2 beradik dok bergalak main lari2 kuk-kik-kuk-kik dalam rumah.. saya dh tau kalo derang dh start bergalak x berenti gitu dh sah2 la nanti bakal ada salah sorang yg nak melalak. Kol 6.30 saya dh larang kali ke-14 derang x stop lagi maka kena ‘ketam’ sorang sekali. Dah nama pun budak.. berenti la jap dlm 5 minit. Saya masuk toilet xsampai 30 saat saya dh dengar dedua melalak. Bila keluar tengok Hana mulut dah berdarah, bibir pecah.. saya suspek derang berdentum sesama sendiri. Yaya plak tangan berdarah kena darah Hana. Yang Hananya melalak sbb sakit yang Yaya plak meraung sebab takut tgk darah kt Hana.. dia takut Hana mati. Hah.. tau pun ko takut! Nama je ada anak pompuan 3-3 tapi lasaknya adoyaii..

Photo0376

Yaya dengan peel cerewet yg x sudah. Hana dengan tantrum yg x abis2. Khayla plak dgn peel lasaknya yang x reti dok diam.. lepas je dia, satu rumah dia merayap. Kalo lama sket hilang tengok2 dah masuk tempat faveret dia.. bilik air xpun tangga! Semoga mama&papa diberikan lebih banyak ketabahan dan kesabaran untuk membesarkan korang anak-anak.. Semoga mama dapat melalui phase tantrum Hana ni dengan tahap kesabaran yg tinggi.. Amiin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: