RSS

“Hana nayek bas!”

Fuhhh..bersawang dh blog hahahaha!! Ini cerita yang betul2 dh basi tapi nak cerita gak wat kenangan. PPKI wat trip ke Terengganu 2 hari 1 malam sebelum cuti pertengahan semester bulan 5 aritu. X silap 23/5 bertolak gi then 24/5 bertolak balik. Kalo ikutkan hati x kuasa nak gi dgn bawak perut lagi, lom tambah sakit badannya dok atas bas sepanjang perjalanan tapi bila mengenangkan nak tambah bilangan cikgu jaga budak so anggap la jalan2.

Mulanya cadang nak bawak Yaya je meneman, lagipun dia dh cerdik sket bley berkawan ngan anak cikgu2 lain. Tapinya bila mengenangkan Hana yang dah 2-3 minggu dok berkicau “Hana nak nayek bas..” everytime dia nampak bas depan mata rasa x sampai hati plak x bawak. Lagipun 2-3 hari sebelum tu dia sakit mata jangkit kat taska. Memang xde plan langsung nak bawak dia. Pagi nak gerak gi lawatan tu, bila dia nampak je Yaya dh bersiap pakai baju cantik trus dia wat drama hahahaha.. dah sah2 la mama ni x sampai hati kalo x bawak. Lagipun memang dh tau ada banyak lagi available seat dalam bas. Maka heret la mek berdua ni gi lawatan sekolah ke Terengganu.. nasib baik la tokmama ngan babah sudi datang nak menjaga mek kenet Khayla sebab papanya gi laut. Kalo x mau kejung mama nak bawak 3-3 beradik sekali. Harus la mama jadi Tarzan atas bas hakhak!

546491_3054227445207_856376372_n

Memula naik bas bleh dia gayat sebab bas tu tinggi pastu bunyi enjin plak kuat sampaikan dh nak nangis “Hana nak tuyun..” ah, sudah.. satu keje plak mama nak ngantar ko balik umah! Bagi dia susu sebotol, suh dia baring, dia relax la sket. Tapi takutnya sekejap je..bila bas dh gerak masuk hi-way je mula la start melasak berjalan dari depan ke belakang pastu mulut bising tanya itu-ini. Mama plak x kuasa nak menjawab!

544698_3054409249752_2001713185_n

547525_2148329365030_740048915_n

Hana memang puas hati dapat naik bas. Masa berhenti kat hentian Temerloh dia siap cakap “Hana suka nayek bas..beshh!!” memang dia happy sgt. Alhamdulillah, Allah masih bagi kudrat kat mama nak bahagiakan anak2. Kalo cara mama ni mabuk2 memang xde can la ko nak merasa naik bas jauh2 ni Hana..

547488_2148349485533_1688639289_n

DSC_7783_640x425

Kol 6 lebih gak baru sampai KT. Penatnya Allah je la yg tau..singgah solat kat Masjid Kristal dulu then baru gerak ke hotel. Malamnya Hana xley tido sbb kaki dia lenguh2 banyak sgt berlari dgn kawan2 baru. Hangin je mama.. dah la badan penat. Selalu kalo papa ada memang xde maknanya mama nak layan. Esoknya check-out lepas breakfast then gerak gi Muzium Terengganu, Pasar Payang, solat kat Masjid Terapung then singgah Pantai Kelulut untuk lunch cum dinner. Sampai KJ lebih kurang kol 2 pagi.. rasa cam nak tertanggal seluruh badan ni tapi puas hati sebab anak2 happy.

DSC_7794_640x425

DSC_7797_640x425

Yaya memang x heran dh bila dah dapat berkawan. Mama xde pun dia x perasan. Nasib baik la ada mek cerewet Hana ni meneman mama bercakap x sudah2.. cuma yang mengelatnya bila dia x larat jalan suh mama dukung! Adoii la.. macam nak reban badan mama ni. Orang lain offer nak dukung haram dia x layan huhuhu.. ngelat!! Alhamdulillah, selamat sampai rumah. Esoknya last day skolah sebelum cuti, saya amik mc sebab dah jangkit sakit mata uwaaaaaa… maka bermula lah episod sakit mata saya selama 2 minggu cuti sekolah. Dah la cinta dah dekat sebulan lom balik offshore. Maka balik la kami anak-beranak ke kampung halaman berbekalkan sakit mata yg amat hazab.

DSC_7806_640x425

DSC_7810_640x425

Lepas gi lawatan tu Hana dah x bising2 nak naik bas. Dah puas hati agaknya merasa pengalaman naik bas. Sekarang everytime nampak aeroplane plak dia sibuk tunjuk “Hana nak nayek etoplen..” Hah, yang tu kita tunggu papa ko dapat bonus setahun ye anak2!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: