RSS

Holiday-la-sangat at Flamingo

Saya demand gak  nak gi holiday sbb masa cuti sekolah 2 minggu tu saya sakit mata then cinta plak xde kat darat. Terbakar je tengok member2 update gambar gi holiday kat FB huhuhu.. bukan setakat terbakar tapi dh kategori rentung hahahahaha!! Saje saya nak cari tempat kat dalam KL sebabnya malas nak jam bagai masa on the way balik nanti.. xyah nak carik penyakit. Maka cinta buat la online booking kt Flamingo untuk memuaskan hati bini yang cerewet ni huhuhu..

Sabtu tu keluar awal pagi setel2 bayar bil, pepe yang x setel sepanjang cinta gi laut. Lepas lunch dalam kol 1.30 gitu dah sampai depan lobby. Cinta masuk nak check-in, saya ngan anak2 tunggu je dalam kete sbb selalunya kejap je. Lepas setengah jam anak2 dah mula menggelisah. Dah start nak bertekak, meraung bagai.. call cinta gtau bilik dah ada tapi x siap lagi.

197671_3125627270158_1680819932_n

Sume dah nak jadik pilot..

165900_3125627990176_610154301_n

Ni dah boring tahap otromen dah ni!

Saya suh cinta park kt parking chalet then bawak anak2 jenjalan dulu sementara tunggu bilik siap. Bila dah jalan2 ternampak plak pool.. lagi la menggelisah mek2 ni!! Sudahnya cinta join anak2 swim kt pool dulu. Ok la.. memang niat nak gi situ pun nak bawak anak2 enjoy sbb dh 2 minggu terperap je kat kampung. Seronok la derang bertiga, xde la nak dengar mek2 ni bising2. Aman la kejap..

318269_3125638030427_1486397721_n

579489_2148347725489_2083535629_n

Dalam kol 3.30 ptg gitu saya gi plak tanya dh bley check-in lom? Bley dia cakap bilik x siap lagi! Oke.. ini dah mengundang hamukan! Mula la saya nak wat drama.. kalo saya baru sampai bley hampun lagi tapi ni dah 2 jam kot. Anak2 saya dah biru mulut kat kolam tu pastu lom solat Zuhur lak lagi. Saya start bising.. sampaikan senior derang datang then bagi bilik lain. Hah, ada plak bilik lain kan? Dari tadi korang x nak bagi.. nak tunggu kena sembur dengan mak buyung dulu baru nak buat. Relakan je la kena hamuk.. Bila cerita kat cinta dia senyum je, rasanya dia lagi kenal bini dia huhuhu..

Tempat & biliknya cantik.. mengadap tasik, spacious & cosy tapi servis adalah sangat lembab dan sedikit harem. Rasanya kalo x terdesak sgt, this will be the last time la. Di sebabkan tujuan gi situ adalah nak holiday so abaikan je. Baru je saya nak hepi2 cinta dah balik, anak2 seronok.. korang dah buat hal mengundang amarah huhuhu.. Lepas asar cinta ajak dinner kt KLCC.. balik sume terkelepet keletihan. Esok pagi bangun gi mandi pool lagi then gi breakfast kat luar. Balik anak2 nap jap sebelum check-out. Boleh plak kol 10 pagi derang dah call remind suh check-out on time.. apa barang? Saya demand late check-out sebab check-in pun dh lambat. Elok2 saya ni jenis sap2soi, most thing saya bley tolerate tapi bila dah hangin mula la saya nak cerewet.. lenkali belajar pandai2 lagi cara nak jaga customer eh! Nasib baik main purpose nak bagi anak2 seronok.. mari kita abaikan je hal2 yang x seronok huhuhu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: