RSS

Aidil Adha 2013

Yeaaaa.. kali ni dapat balik beraya kat Sp!!! Alhamdulillah, dapat peluang beraya dengan family Along yang memang turn balik Sp. Patutnya kali ni turn balik Bp tapi cinta murah hati bawak balik Sp sebab dari lepas raya puasa ari tu sy x balik kampung langsung jumpa mama ngan abah. Thanx cinta.. so thoughtful of you. Love you to bits!

IMG_20131015_104222

Cuti 4 hari je dari Sabtu-Selasa.. tapi memang puas hati la dapat betul2 spend time kat rumah tempat membesar huhuhu.. tempat jatuh lagikan di kenang. Sabtu pagi bertolak balik Sp. Hari Ahad pagi ajak abah gi breakfast kat luar tapi abah ajak bawak budak2 tu gi mandi pantai. Ke Pantai Merdeka la kami, piknik ada la dalam setengah jam then hujan start turun selebat2nya. Merasa la mek2 nih celup2 dalam air laut lepas gian kejap. Ok la tu kan dari x ke mana. Macam biasa yang rajin melayan tok babah ngan papa la. Isnin sy puasa, dok umah seharian sebab hujan dari pagi bawak ke malam, memang musim tengkujuh kat sana sekarang. Nak merayap pun x best sebab dengan nak bawak mek2 ni kang kena tempias ada plak yang demam.

IMG_20131015_104640

IMG_20131016_153247

Aidil Adha kali ni pun x ke mana. Lepas tok babah ngan papa balik semayang raya posing2 amik gambar dalam rumah jap pastu bantai tido sampai tengahari sebab dah kenyang makan rendang, lemang ngan ketupat palas hasil air tangan mama. Memang terbaik la kan?! Tengahari Mak Udi ngan Am-Pak Uda datang rumah beraya. Baru 2 family datang itu pun x complete tapi riuhnya macam kenduri. Suka! Paling seronok Yaya la dapat jumpa Abg Nel dapat lepas rindu main sama2. Dari sebelum balik lagi dah berzikir nama kazen nan seorang nih.

IMG_20131015_104849

IMG_20131015_105424

Mama ngan abah paling seronok sebab 1st time beraya anak2 ngan cucu2 dia complete ada semua. Selasa malam dalam kol 12 tgh malam gerak balik KJ. Alhamdulillah x jem. Smooth je perjalanan. Allah permudahkan. Esoknya gi keje tengok2 Taska tutup.. huarghhhh!! Terpaksa la saya heret anak2 bawak ke tempat keje. Nasib baik la murid pun x ramai datang sebab masih mood beraya. Maka sambung beraya la kami anak beranak kt skolah mama hari Rabu tu huhuhu..

IMG_20131016_084852

Habis la cerita raya haji tahun ni. Tapi cam besa la pepe cerita mesti outdated punya ahahahaha!! Asalkan ada kenangan boleh baca balik sudah. Ini pun tunggu mood mengarang datang baru bleh. Kalo x nan hado!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: