RSS

Supermom

Pagi hari adalah sgt hectic..kalo org lain tension meredah jam tapi saya pagi2 dh lelah melayan peel anak2. Pepagi hari jantung dh berdegup kencang macam orang berlari 5km. Pagi ni papa gerak ke KL kol 5 pagi.. ingatkan ada la peluang nk sambung tido sejam lagi, sekali Aulia dh bangun sibuk2 nak salam dgn papa. Adoiiyaii.. bila kakak dh bangun dh tentu2 la adik pun cerah bijik mata dengar suara bingit kakak. Hangin tul haku gini!! Masa nak mandi, menjerit melalak2 Hana tunggu depan bilik air pastu ketuk2 pintu bilik air macam nk runtuh. X paham tul satu kepantangan mek Hana ni. Kalo mama masuk bilik air mula la menjerit melalak2 dia macam kena dera. Tersedu2 menangis huhuhu.. Kakaknya dh dpt tgk Barney memang x heran la adik dia nak tonggang terbalik pun. Habis kisah kat umah..

Sampai nursery, Aulia plak terhegeh2 nak pakai selipar. Terbakar je.. tunggu masa nak meletup. Dia sendiri silap pakai selipar pun dia nk mengamuk x tentu pasal. Nipis je sabar haku di pagi yg indah ni. Tangan kiri mendukung Hana dlm masa sama pegang beg taska mek berdua tu. Tangan kanan pimpin Aulia yg kejap2 tunduk nak membetulkan selipar. Boleh bayangkan x dengan perut yg memboyot dh macam pompuan meroyan dh haku di pagi hari. Tetiba de kete Viva park kt sebelah kete. Kapel laki bini keluar dr kete terkocoh2.. dh lambat sgt agaknya. Isterinya mendukung anak pastu arahkan itu ini kat si suami, "Abang..amik selipar Aiman. Tu..tu..beg dia tu amik la skali. Susu dia jangan lupa..bla..bla..bla.." membebel ntah apa lagi xtau.. Si suami bertembung dengan saya, tersenyum. Lawak agaknya tengok pompuan selekeh pagi2 ni.. sebelah kendong baby dgn beg, sebelah lagi pimpin anak lagi sorang pastu boyot lak lagi huhuhu..

Masa hantar Aulia ngan Hana masuk dalam taska, selisih dengan kapel laki bini tadi. Terdengar si isteri masih pokpekpokpek x habis berleter lagi. Pastu si suami tegur "Awak ni anak baru sorang, siap saya hantarkan lagi pun kelam kabut. Ada je yg x kena. Tengok akak tu..dukung anak kiri kanan, penuh tangan. Mengandung lagi.. boleh je pun buat semua sendiri. Ok je, xde kelam kabut macam awak. Rasanya kalo awak macam akak tu satu dunia bley dengar awak berleter." Isteri yg berleter tadi trus diam tunduk. Huhuhu.. rasa cam terharu je dapat pujian secara x langsung. Boleh la dianggap pujian kan? Habis hilang segala tension di pagi hari. Terus perasan macam diri ini seorang SUPERMOM!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 say what?:

jenanese said...

nice one!! good for you and her..
rasanya laki tu dah sakit telinga dengar..seb bek tegor secara berhikmah...

MammaSun said...

hahaha...mesti suami orang tu dah tak tahan bengang dengar wife dia tak benti bebel...nway, u mmg superMOM!

m@y said...

pepagi dh kena bebel sape pun hangin..dh la tuning kena bangun gi keje lom abis lg, sia2 je kena marah muahahaha!!