RSS

Sebelum puasa

Dah lama x update dgn entry panjang berjela, asyik la wordless Wednesday memanjang. Update sekadar letak gambar, xmo bagi lupa apa yg dh jadi sepanjang minggu tu.. Hari ni house chores dh settle so bley duduk dgn tenang mengupdate blog hehehe..

Minggu ni agak bz la sebab aktiviti sekolah semua pun nak buat sebelum bulan puasa. Haih.. macam la bulan puasa x boleh buat pepe aktiviti, zaman Rasulullah siap gi perang lagi. Last week balik Sp amik Aulia sbb dh 2 minggu dia ikut tokmama ngan babah balik kampung. Happy sgt Aulia sbb dapat jumpa abang Danial yg kebetulan balik kampung gak sbb nak anta ibu balik bersalin. Dapat la lepas rindu dendam nk berjumpa dari cuti sekolah aritu.. Derang ni memang x dapat di pisahkan kalo dh jumpa sbb dr kecik sama2.

nelya

Hari Isnin sekolah cam biasa, Selasa plak ada lawatan bawak budak2 PPKI gi Pusat Sains Negara. Rugi plak rasanya sbb x bawak Aulia sbb dia konfem suka dgn tempat2 gini. Tapi bila fikir nak kena jaga 3 budak PKI + tempat tersangatlah crowded.. ada bagusnya x bawak dia. Lagipun masa tgh kerja kan..

250270_1813608230502_1548943722_31389716_2780832_n

284030_1814104522909_1548943722_31390361_1234271_n 

Budak 3 orang yg slalu kena tengok, pantang lepa berdesup hilang!

Hari Rabu plak bawak budak gi terapi bowling. Balik pun dh dekat kol 4.. alahai penatnya la. Khamis gi terapi renang lagi.. balik masing2 dh lembik sbb penat sgt. Hari ni plak buat makan2 sempena nak menyambut puasa.. kiranya sambutan nak meraikan Ramadhan la..

Cadangnya esok nak balik Johor.. sambut puasa kt sana sbb Isnin minggu depan skolah amik cuti. Alahaii.. bila dh start posa ni mula la x tau menu apa untuk berbuka. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya :)

217511_1811351374082_1548943722_31386715_7787400_n

Owh.. Ramadhan nanti budak kecik comel mama ini genap 6 bulan! How time flies.. Sudah boleh makan, nanti boleh la kita sama2 makan masa berbuka. X dapat bayangkan betapa kalutnya nak berbuka tahun ni. Dengan Hananya yg sibuk bila nampak orang makan, Aulianya yg cerewet itu x kena-ini tak kena, dgn Khaylanya lagi.. waaahhh.. mencabar!

Rezeki nak Ramadhan utk saya & Khayla tahun ini.. FS saya sudah sampai!! Sgt happy & bersemangat nak bg Khayla BF selama yg boleh. Alhamdulillah.. cinta hati pun x tau saya beli sbb kali ni x mintak suh dia beli. Dah segan asyik mintak macam2, so kali ni saya beli sendiri. 3 kali installment baru la dapat apa yg di hajati..

283488_1816390180049_1548943722_31392852_226818_n

Berbaloi rasanya beli walopn mahal sbb saya tau FS ni portable & boleh guna lama. Sesuai utk saya yg selalu on the go. Sekarang ni masa pam, kejap2 Aulia dtg mintak susu, pastu Hana mintak itu ini.. sudahnya saya mengamuk sbb xde can nak pam susu dgn tenang. Output pun ala2 hidup-segan-mati-x mahu sbb terbantut pam kejap2 berenti. Hasilnya.. Khayla pun kuat menjerit bila mengamuk sbb minum susu yg diperah dlm keadaan marah. Jangan main2 oke.. menyusu dalam keadaan beremosi bley mempengaruhi emosi baby tu sendiri.

Dari masa menyusu Hana lagi dh nak sgt beli FS ni tapi nama nak kuar duit gedebuk sekaligus alahaii.. x daya la plak sbb dh ada spectra 7 ngan safety plus. Kali ni dh tekad, apa jadi pun nak kumpul gak duit. Jumpa plak seller yg bg buat installment. Memang la rezeki ko Khayla.. semoga dapatlah sempurna penyusuan 2 tahun.

Nak cerita apa lagi ek? Tadi macam banyak sgt nak cerita sekarang dah xde idea la pulak. Happy weekend everyone & selamat menyambut Ramadhan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: