RSS

Our Krabi Trip :: Day 2

Hari ke 2 kami start seawal kol 10 pagi.. bangun lepas solat Subuh tu Yaya ngan Hana still merengek badan panas ditambah plak dgn batuk alahaii memang betul2 rosak mood cuti mama. Nasib la anak kan? Aktiviti kami hari ni Elephant Ride. Papa dh keluar dengan member dia gi beli breakfast. Lepas setel breakfast masih awal lagi so saya paksa Aulia berendam dalam pool yg betul2 depan bilik. Kesian Aulia x seronok je kena paksa sedangkan kalo x dia yg paling pantang nampak pool asyik mintak nak swim. Ni xde perasaan, siap nangis2 lagi. Hana plak lom pepe dia yg nak terjun dulu!

IMAG1065_640x480

IMAG1067_640x480

Lepas mandi pool siap2kan derang sbb dah nak gerak. Masa nak siap2 tu Aulia dh menggigil2 sampaikan berlaga lutut dh. Menyesal lak saya paksa dia berendam huhuhu.. nasib baik bawak sweater ngan stokin so dh siap pakai baju saya bungkus bagi panas badan. Hana bila nampak kakak pakai sweater dia pun sibuk2 nak pakai.

403340_10150511867493543_525913542_8739906_1784768274_n_640x480

 

IMAG1070_640x480

Memang tepat la pilihan saya x nak bawak Khayla. Sepanjang kt Krabi ni Hana asyik nak berdukung je. Merengek jangan cakap la.. Aulia pun sama. Sepanjang perjalanan ke Elephant Sanctuary ni derang betul2 melepek. Perjalanan dari satu tempat ke tempat lain jauh & makan masa sket. Bleh kata most of the time kami dok dalam van je. Betul2 travel la.. x rugi sewa van sampai beribu huhu.IMAG1075_360x480

IMAG1081_640x480Sampai sana baru la Hana nampak cam excited sket dapat tengok elephant depan mata. Hana asyik dok ulang2 cakap “Mama..epipent gajah biru!” cam Jumbo Gajah Biru yg dia selalu tengok. Aulia masih xde perasaan tengok gajah tu. Memang mood dia ke laut la..IMAG1090_640x480

IMAG1104_640x480

Masa dh naik duduk then gajah tu dh berjalan baru la Aulia cam excited sket nak bercakap2. Hana plak asyik dok ulang “Anna nayek epipent..besh!!” 1 hour elephant ride ni rasanya terlalu lama la.. memula derang ni excited la pastu lepas setengah jam mula la tanya “Lambat lagi ke nak sampai?” huhuhu..

401415_3109876910142_850127344_n_640x359

IMAG1107_640x480

IMAG1144_640x480

Balik tu singgah late lunch ramai2 then sume nak terus ke Emerald Pool tapi too bad masa sampai tu lagi 5 minit nak tutup. Walopun hari kedua ni 1 aktiviti je tapi sangat letih & saya dh start sakit kepala sebab perjalanan yang jauh sgt makan masa. Duduk terperap dalam van dengan mek2 ni yg asyik merengek adalah penyumbang kepada sakit kepala saya. Sebelum balik derang singgah kt Night Market kt Krabi Town tapi saya ngan cinta hati just stay dalam van sebab temperature Hana ngan Aulia dh start shoot. Alahaii..

Saya plak masa tu dh start bersin x berhenti. Hidung dh rasa cam nak pecah pastu kepala plak sakit gila rasa cam kena ketuk dengan hammer dah ni. Masa tu pikir nak balik bilik je.. nasib baik la bawak ubat flu ngan pain killer. Memang betul2 penyelamat! Muka saya masa tu dh macam langsuir dh rasanya kot. Memang sakit kepala yg x tertahan ditambah plak dgn mek2 ni yang merengek menambahkan sakit jiwa. Nasib baik la cinta hati ni memang penyabar sgt melayan karenah anak2 dia pastu tambah plak kali ni dgn karenah bini dia huhuhu..

Malam tu Ammar member cinta bagi ubat bullet. Nasib baik derang memang bawak ubat spare sbb derang bawak anak kecik yang selalu demam. Dedua orang kena masukkan ubat bontot pastu trus tido. Malam ni xde aktiviti. Orang lain sume keluar sewa motor merayap sekitar Ao Nang tapi kami anak beranak trus padam huhuhu.. Habislah day 2 kami. Masa ni saya pikir.. memang sgt x best la percutian saya kali ni haiihhh..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 say what?:

ak yuyunz said...

alahai kesiannya your kids and you sebab tak enjoy the vacay.. tapi takpe, next time repeat lagi k.. =)

m@y said...

Dugaan ada anak2 kecik hehehe..xpe la..walopun derang x sihat still enjoy dapat merasa pengalaman gi Krabi tu :)