RSS

Our Krabi Trip :: Day 3 & 4

Dah bersawang blog baru la ada rasa nak update. Bersalah kt diri sendiri plak rasanya x abiskan cerita Krabi ni sebabnya ini kenangan percutian yang best dan mendatangkan ‘hasil’ ;p So hari ni ada tenaga sket so mari habiskan cerita Krabi hari ke 3 & terakhir. Cerita sket2 pun jadi la kan..

Hari ketiga hari yg paling best sepanjang trip ni. Yaya ngan Hana pun dah makin sihat, xde la merengek sepanjang masa. Hari ni aktiviti kami island hopping.. yeaaaa!!!

IMAG1191_640x480 Ni masa naik jeep on the way ke pantai.. Alhamdulillah masa ni the kakaks dh kurang cranky..

IMAG1192_640x480Itu speedboat kami untuk island hopping the whole day..

407036_3116080225221_1360928888_33221072_2039851293_n_640x480 New friends yang sgt sporting and best!

IMAG1201_640x480 Speedboat dah start journey..

IMAG1233_640x480Mama dh ready and superexcited nak terjun laut..

IMAG1242_640x480 Bawak Yaya masuk air tapi dia cuak.. keras kejung je badan dia dalam air hahahaha!! Tapi saya paksa gak dia join sebab bukan senang nak ada peluang camni kan?

IMAG1244_640x480 Yaya masuk air x sampai 15 minit pun pastu dia dh nangis nak naik bot balik..xpe la, nak paksa2 pun kang dia start menangis dh x best. Asalkan dia merasa sudah.. Masa turn Hana terjun laut xde gambar plak. Tapi Hana ni over berani plak.. selamba je dia nak terjun dari atas bot masuk laut. Ewwah ko.. mama pun tercungap2 nak balance diri dengan safety jacket tu ko boleh plak nak main terjun tiruk eh! Kiranya everytime boat berenti nak snorkeling Hana mesti nak turun masuk air. Yaya memang xnak dah..

IMAG1217_640x480 Hana gayat masa speedboat bergerak.. everytime boat gerak mesti dia pejam mata rapat2 camni hakhak!!

IMAG1209_640x480Pengalaman snorkeling masa Island Hopping ni memang sgt best, dengan view pulau2 kat sini yang sangat2 breath taking.. subhanallah! Ni 2nd time saya dapat snorkeling, 1st time masa maktab buat trip ke Pulau Perhentian. Lepas ni kena tunggu anak2 besar sket la kot huhuhu..

IMAG1250_640x480Masa on the way balik badan Yaya dh start panas balik.. maybe sebab cuaca sepanjang hari kat atas bot tu panas. Dah la Yaya ni stok2 lembik x tahan sket.

IMAG1253_640x480Balik Island Hopping lebih kurang kol 4 lebih.. rehat jap, solat sume then terus keluar beli souvenir kt area Ao Nang. Pinjam scooter yg Ajot sewa. Kol 4 lebih kuar, maghrib baru balik. Puas hati bila dh dapat shopping huhuhu.. beribu baht gak habis hahahaha!!

Photo0509_640x480Esoknya bangun awal pagi then breakfast kt kedai seberang jalan.. lepas setel kemas sume then bertolak balik la kami..

425034_3117882430275_1360928888_33222132_467095608_n_640x359Group photo sebelum balik.. so nice knowing these people :)

IMAG1255_640x480On the way balik singgah Hatyai ronda2, shopping2 lagi hehehe.. sempat la saya sambar 2 handbag, kasut handmade ngan toys untuk anak2. Bila dapat shopping penat pun hilang ;p

IMAG1257_640x480 Maka berakhirlah percutian 4 hari 3 malam kami ke Ao Nang, Krabi, Thailand. Thanx cinta hati sebab bawak kita gi bercuti. Walopun macam2 dugaan.. anak x sihat bagai, perjalanan yg makan masa, penat yg teramat tapi pengalaman bercuti ni adalah sgt best!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 say what?:

ak yuyunz said...

krabi adalah sangat cantik. btw, comelnya hana buat muka tutup mata camtu..hihi..

m@y said...

Subhanallah..pantai2 kt Krabi memang tersangat cantik! Hana ni penakut..sbb tu tutup mata. Dia gayat naik bot laju huhuhu..