RSS

Rutin 2013

Entry pertama di tahun baru. Bulan pertama back to work after my long confinement break. Tahun ni jugak la baru start thumbprint masuk keluar keje. Tahun ni jugak la jadi cikgu kelas. Tahun ni jugak la Yaya masuk darjah 1. Tahun ni jugak la cinta berjauhan & segalanya di atas bahu jemala patik.. sobs..

393028_3831974408395_1520170860_n

Rutin pagi saya bermula seawal..

5.45 – Bangun pagi, mandi bersiap tunggu Subuh

6.15- Gerak Yaya 3-4 kali bangun mandi, kali ke 5 mula menaga! Nasib baik la Yaya boleh di harap mandi & pakai baju sendiri.

6.20- Cubaan gerak Hana bangun mandi. Kalo x berjaya bogelkan then angkat masuk bilik air mandikan then pakaikan baju sambil telinga saya sebu dgn raungan protes!

6.30- Tukar diaper Khayla ngan Zulfa then turun bawah bukak TV bagi anak2 layan sementara saya simpan ebm dlm cooler bag. Bagi anak2 breakfast dgn cereal&susu kalo sempat.

150945_3844950132780_2021799809_n

6.40- Loading barang2 anak2 ke taska, skolah pagi&kafa yaya, handbag, pumping bag, 2L water tumbler kdg2 bawak laptop. Masukkan anak2 dlm kereta, kunci rumah, bukak pintu pagar keluarkan kereta then kunci pagar balik. Boleh bayangkan x? Nak menaip pun saya dh penat hahahaha!!

6.50- Saya dh kena gerak. Kalo lambat 2-3 minit lagi saya mesti sangkut kat traffic light kt WD. Masa ni kalo mood anak2 baik Alhamdulillah..kalo mood masing2 ke laut saya akan didendangkan dengan sorg terpekik, sorang meraung, sorang merengek bertekak sepanjang jalan.. who needs a radio when you can have your own live orchestra?!

7.00- Hantar anak2 masuk taska, untung nasib dapat tgk telenovela Khayla ngan Hana. Tapi sekarang ni Hana more to pasrah state.. pasrah je masuk dalam taska. Zulfa blom pandai wat perangai lagi. Khayla memang confirm meraung mengamuk dulu dalam 15 minit lepas hantar. Sorry anak.. mama kena touch & go je. Xde kesempatan la mama nak pujuk. Tahun lepas saya hantar kol 7.20 tp skrg sbb nak hantar Yaya gi skolah kena hantar derang awal.. and I cried everyday for the 20 minutes that I’ve lost Crying face sambil bawak kereta air mata meleleh.

385316_3873956217914_1092601259_n

7.05- Thumbprint dulu kt skolah then hantar Yaya g skolah lepas dia letak beg kt klas then ajak turun astaka untuk morning assembly. Then gerak balik skolah.

7.30- Skolah x jauh sgt tapi sangkut jem bas skolah ngan parents hantar anak2. Bermula la tugas saya sbg cikgu kelas Pendidikan Khas..

Rutin tengahari plak..

1.30- Tunggu murid khas semua balik sambil tunggu Yaya turun van dari skolah dia. Mandikan, bagi lunch then hantar yaya gi Kafa. Kalo xde meeting ok la tapi kalo de meeting kelam kabut gak la.

2.30- Lepas hantar Yaya balik skolah siapkan lesson plan, laporan panitia, pbs blablabla bagai (pffffttt!!) pastu solat Zuhur.

3.45- Gerak amik anak2 kt taska trus gi tunggu Yaya kt Kafa.

408714_3904258255446_214422375_n

4.15- Quality time dgn anak2 dalam kereta sementara tunggu Yaya abis Kafa kol 4.30 tp selalunya kol 5 sbb solat Asar berjemaah.

5.00- Gerak balik rumah..

5.15- Sampai rumah, kunci pagar, loading barang anak2. Solat Asar then baru nk duduk rebahkan badan kejap then..

..Zulfa tersengih2 tagih nak mengempeng..

..Khayla “nak dede (susu)”..

..”Mama, Hana berak”..

..”Yaya lapar la mama..” sambil bukak tutup peti ais..

392985_3841075235910_132777249_n

Bg Zulfa BF 10 minit, gorengkan nugget/chicken fingers alas perut sementara nak tunggu nasik derang masak. Kol 7.00 mandikan the kids & suapkan dinner then 7.30-8.00 teman Yaya buat homework. Kemaskan baju untuk g taska ngan Kafa, ebm utk Zulfa esoknya. By 9.00 sume dh collapsed.. Kol 12 ngan 3, Khayla ngan Hana mintak susu. Bangun solat Isyak then kalo nasib baik bley tdo trus kalo x, kena la iron baju skolah Yaya ngan baju keje saya sebelum Zulfa ok ek ok ek nak mengempeng. Pastu tido la... esoknya alarm berbunyi maka bermula la balik rutin weekdays saya. Sekian terima kasih uhuhuhuhu…

734292_3858417549457_1260024155_n

Ini lah sebabnya saya x sabar tunggu weekend! 1st sbb cinta hati balik ke pangkuan.. 2nd sbb saya boleh bangun lambat&bermalas2an. 3rd sbb saya bleh lepaskan anak2 sepenuhnya pada cinta yeaaaa!! Skrg ni kalo weekend x gi mana dok rumah pun saya x kisah. Ini je masa yg saya ada untuk rebahkan badan recharge untuk minggu seterusnya. Semoga Allah terus berikan saya kekuatan & kesihatan badan untuk membesarkan & mendidik anak2 saya.

Supermom? Embarrassed smile .. I’m NOT! I cried while driving, after every prayers, I yelled at my kids when they argue coz I’m so damn tired but there’s nothing I can do. Supermom didn’t complaint.. I’m a mother. All mothers would do anything for their children.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 say what?:

D'aNie said...

Yes u are.. SUPERMOM.