RSS

Random babbles #3

Banyak entry yang nak di sharekan tapi sebab2M- malas & masa banyak spend dengan anak2 so tangguh dulu. Agak2 rajin nanti baru kita kumpul sekali harung semua entry eh? huhuhu..

Start dengan yaya .. 22/12 ni genap 6 tahun anak sulung saya tapi Januari depan dah masuk darjah 1. Caner tu? Hahahaha.. nasib la ko Yaya, besday bulan 12 cam mama. X merasa la kawan2 nak celebrate bagai sbb time cuti skolah. Tapi muda setahun la sbb dia beranak hujung tahun heheh.. InsyaAllah 27/12 ni orientasi darjah 1 kat skolah dekat taska so senang nak anta transit. Kenapa x satu skolah dengan mama? Sebab skolah mama darjah 1-3 sessi petang.. dah satu keje plak mama nak keluar 2-3 kali tetiap hari. Kalo papa keje dekat bleh gak nak pass2, ni sume mama nak harung.. penat la. Biar Yaya berdikari sket skolah jauh dr mama.. anak orang lain ok je pun. Dah besar anak saya.. dah nak skolah betul dah pun.

15565_3815672600860_1271768187_n

Misi toilet training Hana, Alhamdulillah boleh kata berjaya. Masih belum fully diaperless sebab masa afternoon nap ngan tido malam saya masih pakaikan pampers. Kalo masa Yaya dulu rajin gak gerak 2-3 jam skali malam2 nak train tapi dgn Hana ni susah sebab dia ni kuat merengek. Kalo digerak malam2 hari mula la nak menangis mengaruk xmo bangun pastu abis semua adik2 dia bangun..satu hal plak nak tidokan balik. Ada yg kol 3 pagi derang adik-beradik berpesta muda mudi melompat atas katil kang! Pelan2 kayuh la.. so far kalo siang hari Hana ok sangat. Tau dah nak gi toilet sendiri kalo rasa nak buang air cuma kekadang tu malas sampaikan terkepit2, mama tanya baru nak pergi. Well done Hana!!

29623_3794441270090_1138114874_n

Si kenet Khayla plak sekarang ni makin ganas. Makin pandai belasah kakak2. Pantang bertekak berebut apa je konfem dia dibuk xpun kalo rasa xley menang dia gigit! Adoii la.. mana la ko blajar ni nak? Mangsa utama Hana la sbb derang berdua ni x berlaga angin. Semalam masa saya tgh ready nak mandikan Zulfa ntah camane digigitnya jari baby! Pergh.. naik hantu la mama, terus kena cubit kat mulut. Meraung sampai selop baby..gigi Khayla dah la macam Tazmanian Devil runcing amat. Risau plak dah nak balik taska ni dia wat perangai ganas gitu. Kat rumah x pe la mama bley monitor, kakak2 pun ley beralah tapi kalo kat taska kang dibuatnya budak lagi besar dr dia balas balik x ke naya? Sebelum ni ada gak Yaya nak mereport tapi tahun depan? Haii la anak..pandai2 la bawak diri ye. Semoga awak sentiasa di bawah lindungan Allah..

156204_3802350147807_1388925453_n

Minggu depan genap baby Zulfa 2 bulan. Minggu lepas bawak gi sunat timbang berat baru 4.2kg.. alahaii jelesnya mama tengokkan anak2 orang lain dah sampai 5-6kg. Xpe la..yang penting anak2 mama sihat. Dah sume ikut baka papanya memang x ley nak kata apa la. Cuba ikut baka mama ni..konfem bley sampai tahap obes baby hahahaha.. As to date baby Zulfa masih fully BF. Alhamdulillah.. semoga terus di murahkan rezeki baby untuk nikmati susu mama. Minggu depan dah nak 3 bulan, masih dalam percubaan nak meniarap..belum berjaya sepenuhnya. Xley lawan rekod kakak Khayla la 2 bulan 3 minggu dah meniarap dengan jayanya hakhak! Every child is different. Take your time baby.. mama & papa ada seumur hidup selagi diizinkan Allah untuk tengok anak2 kami membesar.

397136_3794363108136_33837807_n

Mama? Masih gemuk dan kembang setaman huwaaaaaaaa!!!! Crying face Sekian bebelan kali ini..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 say what?:

Marsha~ said...

ganas btol anak dara no 3 tu eh... hehehe