RSS

Journey to diaperless Hana

Perghhh,tajuk x hengat hahahahahah!! Dah x reti nak bagi tajuk pe. Hari ni hari 1st saya potty train Hana. Toilet training sebenarnya sebab xde pun potty-trainer kat umah ni huhuhu.. Cinta dah suh saya train Hana dari sebelum birthday dia yang ke-3 lagi tapinya dengan saya yg dalam pantang bagai, x mampu rasanya. Lagipun nak train anak diaperless ni renyah. Kena ikut bontot dia setiap masa takut dia terkencing rata2, kena basuh bg betul2 bersih tempat dia keciciran tu.. ye la, kita lalu lalang nak gi semayang bagai. Dah tu si Khayla plak mcm Bolt. Kang baru saya nak bersihkan, dah berenang si kenet tu dalam air kencing Hana.. eiiiyuuu gross!! Kena buat dengan kesabaran yg tinggi huhuhu.. nak suh saya train masa dalam pantang? Dah la tgh stress nak adapt anak ramai, mau aku sebat bontot Hana everytime dia terkencing kang! X pasal2 budak tu trauma hahahaha..

582821_493498464011741_510529243_n

Sekarang ni saya dah ok sket nak manage budak berempat ni. Anak sendiri kan.. kurang lebey tu pandai2 la nak handle. Hari ni toilet training Hana berjalan lancar. Hana pun dah pandai bagitau kalo dia rasa nak kencing. Even nak berak pun pandai dah rasa then memerut kat toilet. Yeaaaa.. a big applause to Hana!! Cuma sekali je terkantoi masa saya tgh baca Yassin lepas maghrib. Itu pun sebab dia terkejut sbb Yaya sergah dia masa main hide and seek belakang pintu hahahahaha!! Terus x abis baca sbb nak tergelak tgk reaksi Hana terkejut sampai terkencing ekeekekekekeke.. boleh bayangkan x?

Photo1285

Ok Hana.. hari pertama kita berjaya. Mama doakan lepas 3-4 hari paling lama pun seminggu Hana dh boleh totally diaperless eh. Semoga mama diberikan kesabaran yang maksimum masa training ni. Aja2 fighting!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: