RSS

Tangisan di pagi Khamis

Semalam papa balik cuti sehari.. mulanya papa plan nk gerak lepas diorang adik beradik tido macam biasa tapi ntah cane terlajak ke pukul 4 pagi. Boleh plak budak Hana ni terjaga time papa dia siap2 nak gerak tu. Kuat betul instinct budak ni when it comes to papa.. daddy’s girl khenn!! Siap turun bawah salam papa then babai kat luar lagi. Mula2 confident je “Anna baik.. Anna x nanges salam papa.” Bila papa dah gerak dalam 15 minit terdengar dia tersedu2 dalam gelap. Hoiih.. dah start la plak drama di dinihari. “Anna nak papa.. papa x yah la gi work. Anna x nak gi otel, gi pool.. anna x nak toys.. anna nak papa.. papa x rindu anna ke?” pastu tersedu2, teresak2 sume cukup. Sape yang biasa dengar Hana nanges tau la cane sayunya bunyi budak tu nanges. Mama yang baru nak lelap mata ni terkebil2 dalam gelap. Lagi di pujuk kang lagi meraung budak ni.. silap2 dengan mama skali bengkak mata gi keje esok huhuhu.. So mama decided to let her cry.. biar dia menangis puas2.. dekat setengah jam gak dia nangis sambil mengongoi “Anna nak papa.. papa x rindu anna ke?” sampai dia tertido sendiri.

249114_4478158682598_583280244_n

Bangun pagi suh mandi memang dia wat perangai kaw2 punya la.. ketap bibir je mama nak menahan marah. Seboleh2nya mama diam je melayan segala peel dia sebab kesian tengok Hana menanggung kesedihan. Budak kan, apa la yang dia nak faham pasal papa keje cari rezeki bagai? Mama boleh cakap “Papa keje carik duit kan.. nanti nak belikan Hana toys, Hana nk tido hotel, nak mandi pool..” tapi bila dia sendiri boleh menolak “Anna xnak toys, xnak dok hotel, x nak mandi pool.. Anna nak papa..” hoiiihh.. hati mama ni jatuh berderai then kutip cantum balik je tetiap hari. Sad smile

Ibu mana yang sanggup tengok anak dia kesedihan? Allah je yang mampu hilangkan rasa sedih dalam hati anak2 mama ni.. semoga Allah berikan kebahagiaan hidup berpanjangan buat kamu adik beradik. Sabar la anak2.. ini ujian bahagian kita. Ada orang lain yang lebih susah menanggung ujian lebih perit dari kita. Allah Maha melihat, mendengar.. kita rasa susah kita mengadu pada DIA.. insyaAllah DIA x kan abaikan kita anak-beranak. Ada yang lebih manis bakal menanti.. Allah tu ADA.. jangan sekali2 kita lupa. Anak2 mama kena kuat.. insyaAllah mama akan terus kuat untuk korang adik beradik. Jangan persoalkan percaturan Allah untuk kita sbb semua tu dah tertulis di Loh Mahfuz. Ada rezeki kita.. La Tahzan Innallaha Ma’ana..

p/s: you should read this entry with Jangan Bersedih Lagi from Anuar Zain as background.. sila bayangkan kehenseman abg Nuar ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: