RSS

Umrah 2013 : Mulanya..

Sebenarnya x pernah plan pun nak gi Umrah tahun ni. Saya pernah ajak cinta tapi considering our tonet x sampai setahun lagi pastu bf baby lagi so plannya nak pergi masa betul2 dah bersedia, maybe next year ke. Something came up between us then hubby said that we really need to spend time together to clear things up. Looking for ‘petunjuk’ I guess. Then hubby suggested both of us going for Umrah. Masa tu pertengahan bulan 4. Memang x bersedia langsung. I was a bit reluctant at the beginning.. ye la rasa jiwa tu kosong. Xde apa2 nak di bawak sebagai bekalan pergi sana. Setakat pergi kursus dr kol 9am-1pm 3 kali pastu dah nk bertolak x sampai sebulan lagi. Deep down inside saya selalu tanya “Allah.. apa la yg aku ada sampai Kau jemput aku jadi tetamu Mu, ya Allah.” Tiap2 kali tu jugak meleleh air mata. Keciknya saya.. hinanya saya.. A bit reluctant when hubby asked at the first place knowing that I’m not ready for this umrah trip. Tapi kita manusia merancang.. Allah yg tentukan. Tanpa di sangka2 saya dapat jemputan untuk jadi tetamu Dia.. alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah. Terima kasih cinta sebab bawak saya ke sana.

306785_4543153067417_777409498_n

Xde siapa pun yg tau plan saya nk gi umrah kali ni. Kat skolah pun saya bagitau colleague masa hari last. Xnak kecoh awal2 nak bagi setel Visa bagai then hati saya masa tu pun antara nak percaya dengan tidak yg saya nak pergi sana dalam masa x sampai sebulan. Memang bukan mcm org lain yg pergi dengan ilmu penuh di dada, saya ni bawak masalah berserabut dalam diri ada la huhuhu.. Masa gi kursus umrah, dengar ustaz bercerita hal kat sana tetiba rasa sayu+seronok. Masa tu dah rasa macam saya dah ada kat sana. Bila balik rumah terbuai2 je rasa perasaan tu.. seronok yg x dapat di gambarkan. Bukan semua orang ada peluang untuk dapat jemputan dari Dia. Orang yg kaya raya sekalipun belum tentu. Ketentuan Allah.. sekali lagi saya memang rasa bertuah sgt dapat peluang pergi masa usia saya baru 30 tahun.

941150_4551093545924_106578614_n

Segala proses dipermudahkan. Hari Jumaat minggu sebelum berangkat mutawwif call cinta bgtau visa semua dah clear then tunggu kat KLIA, level 5 kaunter M on Monday, 20th May 2013. Hati rasa berdebar2, cuak, x sabar.. butterfly in the stomach! Alhamdulillah, mama dgn abah saya tolong jagakan anak2 sepanjang saya ngan cinta xde tu. Baby Zulfa pun 2-3 weeks before berangkat saya wean-off slowly. Kesian tapi kalo x buat lagi teruk dia mengamuk nak bf nanti lagi kesian. She’s a good baby.. faham mama buat ada sebab. Lepas 3-4 malam try dia dh ok bottle-feed malam2. Deep down inside mama rasa loser sgt sebab kena stop bf Zulfa at 7 months young tapi perancangan Allah tu lagi besar.. we can always opt for relactation when I’m back baby. Anak2 pun saya bagitau everyday malam2 sebelum tido “Mama&papa won’t be around for 2 weeks.. nak pergi umrah, nak g rumah Allah.” and the kids will just nod and asked few unrelated question before doze of to slumberland huhuhu..

260365_4548060670104_1870416872_n

20th May 2013, hari yang dinanti2kan dari sebulan lepas dah sampai. Malam sebelum tu kol 3 pagi baru saya ngan cinta setel packing bagai. Memang la sgt last minute. Kol 6 pagi teksi datang bawak gi KLIA. Memang betul2 gi honeymoon la sbb memang xde sape2 hantar. Lagi bagus sebenarnya sebab saya x sanggup nak tengok dan dengar anak2 menangis nak ikut plak nanti. Lagipun hari sekolah. Masa salam nak naik teksi pun masing2 dah buat perangai. Yaya dah besar sket so paham mama ngan papa dah nak pergi. Lepas salam air mata meleleh je.. syahdu. Sampai KLIA then g minum2 dgn BIL coz he’s off to Labuan with morning flight and that’s it. Lepas tu En. Ariff person in charge from Andalusia panggil suh check in luggage then gi taklimat. Masa mula taklimat “Assalamualaikum para tetamu Allah yang di rahmati..” air mata laju jatuh ke pipi. “Allah, apa yang ada padaku sampai Kau jemput aku jadi tetamu Mu?” Alhamdulillah..

IMG-20130520-00034_640x480

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 say what?:

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Saya sangat sayu bila terkenangkan nasib saya. Saya dan isteri kerja di Kedah.

Beberapa bulan lepas saya mendapat peluang utk pergi umrah secara percuma kerana pihak syarikat nak bawa.

Bila pulang beritahu isteri, dia membuat penentangan dan mula membebel tidak membenarkan saya pergi dengan alasan baby masih kecil. Tambahan pula family isteri tinggal di shah alam. isteri tidak mahu ditinggalkan bersendirian. Saya sangat sedih. Untuk tidak memburukan keadaan walaupun berat, saya menolak peluang yang saya terima. Saya tidak mahu isteri saya derhaka pada saya.

Ya Allah, engkau bukakanlah dan berikanlah nur kepada hati isteriku. Moga dia lebih memahami.

Johari, Tikam Batu Kedah.