RSS

Umrah 2013 : KL-MUSCAT-JEDDAH

Memandangkan cinta wat last minute decision untuk gi umrah ni, date yg tinggal cuma few days before cuti sekolah. Saya gamble je isi borang cuti lepas dah wat payment semua, yang penting x menyusahkan orang untuk relief kelas & jaga anak2 khas saya. Pakej yang available masa tu cuma transit Oman, a week before cuti sekolah pertengahan tahun. Just nice.

IMG_20130520_100338_640x480

Maka lepas taklimat, bergerak la group kami seramai 41 orang including mutawwif Ustaz Amin naik Oman Air. Bukannya kali pertama naik flight but this time around saya sgt ngilu bila take-off ngan turbulance.. tangan cinta jadi mangsa untuk saya genggam kuat2 huhuhu.. Lepas 8 jam sampai la kami kat Oman. Ntah masa tu kol bape dah lost track. Transit kt Al Madinah Resort Hotel 10 jam then next flight to Jeddah.

IMG_20130520_135051_360x480

IMG-20130520-00040_640x480

Sampai Jeddah dalam kol 1-2 pagi kot, dengan jet lag+letih+miong timing dah x semenggah mukanya huhuhu.. dengan badan berlengas bagai tapi semua tu simpan dalam hati. Apa je yg jadi sepanjang trip ni simpan dalam hati, anggap dugaan biarpun sekecik2 perkara. Senyum dan teruskan perjalanan.

IMG_20130521_015756_360x480

IMG_20130521_020112_360x480

Sepanjang perjalanan ni memang banyak menunggu.. belajar bersabar. Dari airport Jeddah naik bas gerak ke Madinah. On the way, stop solat Subuh then sampai Madinah dalam kol 7.30 pagi rasanya. Sepanjang perjalanan tu saya tido je.. huhuhu..

IMG_20130521_070150_360x480

Bila sampai Madinah.. cinta gerak suh bangun. Inilah permandangan saya paling indah bila saya bukak mata. Subhanallah.. masih antara percaya dengan tidak saya di Kota Madinah, nun Masjid Nabawi memanggil2. Air mata jatuh lagi.. Ya Rasullullah, aku datang untuk menziarahi Mu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: