RSS

Beraya di Hospital Pantai

Raya kedua x ke mana sebab bagi can papa rehat sebab malamnya nak drive Sp-Bp. Lagi pun nak bagi peluang mek2 ni main dengan sepupu diorang. Dah la jarang jumpa. Raya cam ni je la ada peluang nak main lama sket. Zulfa dah start demam dari raya pertama lagi. Just bagi pcm yg memang sentiasa bawak tapi dah petang pun demam x kebah. Asyik merengek je.. so gi klinik biasa, Cari paed semua tutup. Ye la.. baru raya kedua kot.

1001573_4940479400327_2113130714_n

Balik klinik dalam kol 5.30 trus bagi ubat then Zulfa tido je. Masa nak bagi 2nd dose ubat dalam kol 9.30 malam tu cam biasa la dia menggelupur melalak sampai muntah2. Tetiba mulut biru pastu kaki tangan semua biru! Oihh.. xley jadi ni. Terus gerak cinta yang masa tu tgh tido. Dia pun terpinga2. Shoot ke A&E Pantai. Cuak giler sebab masa tu Zulfa biru satu badan pastu lembik.

14491_4947786583002_2078651440_n

Masa kat A&E asyik menangis je sebab Zulfa dah pandai xmo kat orang yg dia x kenal. Sepanjang malam dengar dia melalak bila doc&nurses tengah ‘proses’ dia. Dari wat heartbeat, blood test bagai sampai la kemuncak masa masuk drip sebab baby Zulfa dah dehydrated sgt. Kesian tengok dia lembik keletihan bila dah puas melawan huhuhu.. Dekat kol 12 tgh malam gak baru setel masuk ward sume.

1157460_4947890265594_258878400_n 

Dari raya kedua malam sampai petang raya kelima baru leh discharge. Zulfa sampaikan kenal muka paed ngan nurses. Pantang ada nurse masuk bilik walopun utk amik temperature reading je pun dia dah melalak nak keluar anak tekak! Itu belum lagi masa bagi ubat, flush drip everytime nk bagi antibiotik, ngan wat sponging. Temperature Zulfa cuma turun lepas dlm 10 minit bagi pcm pastu shoot border 37-39 balik. Haiih.. memang xde harapan la nak kluar spital awal sebab paed memang nak monitor demam dia tinggi sgt.

1170850_4950728656552_1349955564_n

Sedih hati saya everytime Zulfa menjerit “nanak” atau “atit” bila nurse masuk bilik. Masa2 x sihat ni memang dia xnak sape2 la selain mama kan? Dengan papa pun ikut mood. Kalo rasa nak.. leh la papa take over jap sementara mama nak mandi ke, semayang ke.. kalo dah dia xnak memang dia meraung. Jaga anak sakit memang mencabar kesabaran jiwa raga. Dah la mama pun penat kejap2 terjaga tengah malam bila Zulfa merengek.. maybe gatal chicken pox tu baru nak naik abis. Lom campur dengan sangapnya dok dalam wad tu. Adoiyaii.. orang lain beraya umah sedara mara, kami beraya dalam spital. Xpe la.. dugaan Syawal.

557968_4950895860732_1615242165_n

Zulfa pun pandai boring bila dah lama sgt dok dalam wad x leh nak melasak, inikan pulak mama. Asyik mengadap tv 24 jam huhuhu.. Alhamdulillah tengahari raya kelima dah leh setel2 discharge semua. Paed cakap Zulfa biru tu maybe sebab muntah tersekat masa dia makan ubat tu then heartbeat rate dia sampai 200++ sebab chicken pox tu sama contribute. Alhamdulillah yang penting Zulfa dah discharge dari spital. Merasa la tahun ni mama & papa beraya kat spital. Semoga anak2 mama semua diberikan kesihatan berpanjangan.

999097_4955435494220_938367195_n

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: