RSS

Hujung minggu ini

Papa xde naik laut uwaaaaaa!!! Alahaii bosannya terperap kat umah dengan mek2 ni. Orang lain sibuk beraya sana sini, attend open house.. laki meks dok tengah laut plak huhuhu.. Budak2 ni plak dah 2 minggu asyik dok kat kampung dari Kedah ke Johor pastu ramai plak melayan, bila balik umah kena wat hal sendiri2 dah semua mati kutu ahahaha!!

IMG_20130817_073726

Bangun pagi semua mengadap tablet.. sorang amik iPad, sorang amik Tab, sorang amik iPhone. Eh, abis mama nak guna apa? Mengadap laptop je la jawabnya ahahahah!! Boleh je nak guna kuasa veto amik je semua gajet yang ada tapi alang2 diorang boleh dok senyap at least utk sejam pertama pun cukup la. Bagi aman sket hidup mama untuk sejam tu pun jadi la..

041a1ed3-f522-4490-a88a-c09e2f202ed5

Baby Zulfa pun dah sihat. Melawat kawasan je kejenya huhuhu.. Xde dah demam2 bagai. Bila sampai umah bukan main dia melasak, panjat merata. Adoiyaii.. awak tu dah la kenit je. Kang tertonggeng penyek lagi idung tu.

Esok dah skolah. Sakit jiwa la mama nak tuning balik rutin pagi mek2 ni huhuhu.. memang bergegar balik la satu taman dengar suara petir mama di pagi hari. Kuping chicken pox masih lom luruh sepenuhnya, rasanya taska pun mesti reject Zulfa esok. Ada potensi mama kena sambung cuti khas untuk jaga anak sakit. Papa… balik la cepat!!! Mama dah sangap dok umah ni..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: