RSS

Birthday trip ke Sungkai Hotspring

28 April lepas genap birthday abah saya yang ke-60 tahun.. xtau dh nak belikan hadiah apa so saya decide nak bagi something different. Dah banyak kali abah saya sound nak gi jalan2 kt hot spring. Bila dapat Groupon deal kt email dapat idea nak bawak abah ngan mama gi holiday kt Sungkai Hotspring.. birthday trip la kiranya pastu bagi merasa kenaikan 13% yang saya dapat tu hehehe.. Semoga lebih berkat rezeki dengan doa mama ngan abah.

389183_2926182204156_1548943722_31920398_1184364769_n

Check-in hari Jumaat, dalam kol 2 lebih mama ngan abah sampai. Rehat jap pastu masa dh redup petang tu gi berendam kt hotspring. Memula mek2 ni pakai swimsuit pastu bila dh kena air panas masing2 menggelepar huhuhu..terus sume pakai spender je hakhak! X bape selesa mandi petang sbb badan bercerau peluh. Mandi x bape lama pastu Yaya nak mandi air sejuk so gi bawak derang gi pool sejuk.

577997_2926189164330_1548943722_31920417_374011052_n 

Esoknya lepas breakfast gi berendam lagi.. kali ni baru best sbb sejuk2 pagi hari pastu dapat lak air panas.. heaven! Balik berendam sume pengsan kepenatan huhuhu.. tido x hengat sampaikan kol 12 baru bangun nk kemas2 check-out. Masa tu baru la wat ad-hoc plan merayap balik hari ke Cameron Highland. Abah tinggal kete kat tol Tapah then gerak satu kete je. Khayla sampai marah2 sbb jalan pusing2.. ngamuk dia sbb pening kot hahahahah..

542083_2926202764670_1548943722_31920443_1491710727_n

Ramai gak orang masa gi tu.. sudahnya just beli2 sayur kat Brinchang je sbb ada pasar malam. Malas nak bersesak cari parking bagai.. Lepas setel jenjalan abiskan duit kat Brinchang, otw turun singgah minum teh kat Bharat Plantation tu. Cinta rajin cara bawak anak2 dia turun. Kalo harap saya x kuasa la hahahaha..

Turun CH dalam kol 6 lebih gak.. letihnya aduhaii xyah cerita la dgn mek2 kenit bertiga ni yang x menang tangan nak layan. Sampa rumah dalam kol 11 lebih. Esoknya plak cinta hati dapat call kena gi laut.. sobs.. bermula la episod kena tinggal saya ngan anak2. Nasib baik la tokmama ngan babah sudi nak meneman walopun hati derang sebenarnya dh melekat teringat kat kebun, kucing, ayam yang di tinggalkan. Cucu punya pasal.. rela kan je la..

Seminggu lepas bawak gi birthday trip baru la saya teringat nak belikan kek utk abah huhuhu… So belikan Oreo Cheese faveret abah then celebrate la kami anak beranak bercucu. Happy je tokbabah kali ni celebrate besar-besaran hahahaha..

154518_2959966128733_1548943722_31932392_295439895_n

380185_2959970168834_1548943722_31932406_353459170_n

529782_2959966528743_1548943722_31932393_1682843801_n

Semoga tokbabah ngan tokmama di murahkan rezeki, di berikan nikmat kesihatan berpanjangan dan bahagia hingga ke akhir hayat. Amiiiinnn..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: