RSS

10/03/2011 - Satu bulan

Alhamdulillah.. si kecik ini sudah genap 1 bulan hari ni. X tau la camne kiraan sebenar. Kalo ikutkan hari ni baru hari ke-28 berpantang tapi kt ticker dh genap sebulan.. Kira halal la eh dari 10/02 – 10/03. Sabtu ni nak gi cucuk sebulan & sunatkan skali. Masa kt Kuantan dulu paed Yaya ngan Hana setelkan sume tapi kt KJMC paed x buat.

DSC00481 

2-3 hari ni Khayla buat perangai x mau diletak langsung. Serba x kena dibuatnya. Letak menangis, dukung pun dia nangis, buh dalam buai pun dia nangis, goyang2 kan dia pun nangis.. dh x tau nak buat apa sudahnya mama yg nangis sebab stress x tau nak pujuk cane. Risau je takut dia sakit ke sbb baby bukan reti nak bgtau kan? Sepanjang malam dia berjaga, melalak2 x tau cane nak dipujuk. Saya sgt benci masa2 camni sbb saya rasa I’m the worst mother.. saya x tau nak buat apa bila anak saya menangis.

Dah sebulan usia Khayla harapnya phase melalak xtau punca & berjaga malam dia akan berubah. Mintak2 bak kata orang tua dia buat peel sebab nak berubah bulan. Semoga Khayla akan terus membesar dengan sihat. Anak mama budak baik kan? Ini baby Khayla hari ke-25.. melalak, meraung tau2 pipi dh macam dipam2 ;p

196899_1548410000712_1548943722_31111178_5831509_n

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: