RSS

Cuti 3 hari

Yeaaaa!! Macam dh lama x bercuti plak gayanya sedangkan baru habis cuti raya aritu huhuhu.. InsyaAllah kalo xde aral nak bawak mek2 ni gi jalan2 makan angin. Mulanya cadang nak gi Cherating, dh siap booking bagai tapi bila nengokkan keadaan cuaca yg x menentu last minit kensel sbb takut kang bila sampai sana terperuk dalam chalet je dek ujan memanjang. Sudahnya nanti nak holiday ke mana, melayan bebudak tu mengaruk je lebih huhuhu.. Sekarang kt umah ni pun hujan x menentu.. Alhamdulillah, nyaman sket. Tido malam pun lena sampaikan Khayla dh menjerit baru terjaga bg nenen.

Esok gamble je la kami anak-beranak x tau mana nak di tuju nak gi bercuti2. Entah ada lagi entah tidak available interesting spot. Kalo nak selamat carik je hotel yg ada indoor pool bg mek2 ni dapat swimming puas2 sampai muntah.. lama sket la derang nak request gi hotel lagi. Aulia punya la nak tido hotel sampaikan sanggup offer “Mama, jom kita gi hotel. Yaya belanja ngan duit raya..” huhuhu.. suci murni niat mu itu anak.

Bila tengok balik entry lama rupa2nya xde lagi entry raya tahun ni.. huhuhu.. dh terlupa langsung. Nak up entry raya rasa cam dh basi la plak. Tengok la nanti kalo rajin sambil2 wat entry biasa bley selit2kan sket gambar2 raya. Apapun, selamat bercuti & selamat menyambut Hari Malaysia untuk semua!! Happy weekend y’all!

selamat hari malaysia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: