RSS

My 9 months baby

Malam tadi gegirl mama x ley tido semalaman di sebabkan selsema hidung tersumbat, batuk berkahak then sebelum subuh tadi dh start demam.. alahaii.. kesian baby mama. Kesian sgt tgk dia marah bila tido terganggu dek batuk. Kohkeh2 sampai terkentut2 batuk huhuhu.. Sebelum azan subuh tadi dia terjaga pastu terus duduk pastu mengomel “be..be..be..waa..ba..ba..mmmaaaa..” Saya tanya “Baby kenapa x nak tido ni?” dia bebel lagi. Masa tgk henfon terperasan tarikh hari ni – 10hb. “Khayla dh 9 bulan arini yerk? Nak bgtau mama?” dia bebel lagi panjat badan mama peluk2. Lepas tepuk2 dia tido balik. Budak kecik ni memang momma’s girl..manja!

09_320x480

Alhamdulillah..dh 9 bulan Yasmeen Khayla hari ni. Masih menikmati susu mama walopun dh campur. Kira pencapaian utk mama la kan sbb masa Hana dulu sampai 8 bulan je pastu totally stop bf. Khayla still cari mama malam2 nk mengempeng. Gigi x tumbuh lagi tp suka sgt asah gusi masa nenen.. bila mama menjerit sakit dia sengih2. Suka ko ek? Mama sakit macam ngan nk pengsan ko bley gelak2 plak.

Khayla dh pandai merangkak since dia 7 months++.. masa tu duduk pun x bape stabil dh merangkak tapinya dia merangkak pelik x guna lutut, guna kaki hahahahah… bear crawl! Comel sgt dia terjungkit2 tapi laju giler sbb dia melangkah besar2. Tau2 je dh sampai.. faveret spot dia bilik air.. adoii la.. jenuh nak mengejar tau2 dh masuk. Memang selalu bertutup pintu bilik air tp bila kakak masuk terpelahang pintu laju je dia menuju huhuhu.. Banyak lagi development Khayla, nanti2 mama cerita ye. Hari ni mama cuma nk post hari kamu 9 bulan :)

Yasmeen Khayla.. mama sayang kamu seadanya sampai bila2. Semoga kamu di berikan kesihatan berpanjangan & kebahagiaan sepanjang hidup kamu.. sayang manja mama! Happy 9 months young baby..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: