RSS

Budak kecik yang makin kecik

Picture 004_640x425 

Budak 10 bulan ini berat baru cecah 6.5kg.. alahaii.. keciknya kamu baby. Salah satu sebab Khayla ni ikut gen papanya.. kurus kecik. Terlebih gen papa la ni.. Kalo cam Hana ikut gen mama memang la tembam & bulat huhuhu. Bukannya Khayla ni x selera makan tapi metabolisme dia tinggi sgt. Makan semangkuk nasik habis je tapi aktif dia meneroka segala ceruk rumah, sudahnya badan x naik2.

Geram je tengok baby orang lain yang debob2. Geram je nak gigit ngan gomol2.. nasib baik la ada Hana bley ganti lepas geram. Sebenarnya x kisah la kalo badan x naik pun, maybe dia ikut spesis kakak Yaya yang cekeding. Selagi dia sihat & aktif.. alhamdulillah mama dh cukup bersyukur.

Picture 186_640x425 

Tapinya sejak sebulan lepas x henti2 baby Khayla ni x sihat. Dugaan betul untuk mama ngan papa. Mula dengan demam pastu dh baik sket dah cirit-birit plak seminggu lebih. Meragam je x senang duduk asyik nak merap. Tambah plak dengan melecet sbb cirit tu makin susut la badan baby Khayla.. sedih je mama tengok.

Bila dh baik cirit tu sambung plak dengan demam+batuk+selsema.. cukup 3 serangkai. Mata pun dh makin masuk ke dalam sbb asyik menangis je merap. Tido malam pun x lena sbb hidung tersumbat. Alahaii baby.. sayu hati mama tengok baby terbaring merengek je x larat. Biasa kan dia aktif x menang tangan nak tangkap.

Picture 282_640x425

Semalam bawak gi klinik lagi, doktor cakap baby nampak lembik sgt. Nasib baik dia nak makan ngan minum susu gak. Kalo x kena admit bagi drip takut dehydrated. Kalo sebelum ni nak bagi ubat sket punya dia menepis sembur2 tapi sekarang dh macam merelakan je nganga pastu telan.

Makin susut la badan anak kecik mama ni.. mama doakan Khayla cepat2 sembuh ye. Bagi berisi sket badan balik. Bagi aktif x terkelepet merengek memanjang.. xyah la nak ringankan badan lagi kalo baby nak belajar berjalan, dh cukup ringan badan baby tu. Cepat sembuh ye baby.. risau hati mama. Sayang sgt kenet mama!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: