RSS

Apa itu..

Bahagian Pendidikan Khas? Dh ramai sgt yg tanya kt me pasal nih..honestly me pun xtau nk jawab cane so me google dari portal rasmi BPK ini lah jawapannya..
Perkhidmatan kepada kanak-kanak kurang upaya adalah
tanggungjawab tiga Kementerian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perpaduan
Negara dan Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pendidikan bagi kanak-kanak tersebut dikendalikan oleh dua
Kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada kanak-kanak yangmenghadapi
masalah:

  • cacat fizikal teruk,
  • rencatan akal sederhana dan teruk,
  • pelbagai kecacatan, dan
  • kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut untuk belajar di
    sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan perkhidmatan
pendidikan untuk murid-murid pemulihan khas dan berkeperluan khas yang mempunyai
masalah penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Kategori
kanak-kanak bermasalah pembelajaran (BP) di bawah tanggung jawab Kementerian
Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut:

  • Sindrom Down,
  • Autisme ringan,
  • Attention Deficit Hyperaktif Disorder,
  • Terencat akal minimum, dan
  • Bermasalah pembelajaran spesifik (contoh: Disleksia)
  • Pendidikan yang diberi menekankan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani
    dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: