RSS

Kosong

Encik suami ke KL, outstation lagi.. mama, Aulia & Hana tiga beranak je dok umah. Tak tau la apa yang bezanya sedangkan suami bukan selalu 24-7 ada depan mata. Selalu pun dia gi keje kol 6 pagi balik kol 8 malam. Jumpa kejap sebelum ke lalaland lebih kurang kol 9.30 malam. Average tetiap hari 'jumpa' suami ada la dalam 2 jam huhuhu.. sadis. Nama je duduk serumah tapi xde quality time. Dah tu dalam seminggu paling lama ada la dalam 3-4 hari dia kat umah, selebihnya outstation. Merungut kah? Tidak sama sekali.. isteri tau suami cari rezeki halal untuk keluarga. Kang kalo suami ada depan mata setiap masa mula la nak bertekak je keje muahahaah!! Takde effect pun sebenarnya kalo suami tiada di sisi. Anak2, me uruskan semuanya. Setakat sakit demam, berkejar sendiri ke sana sini dah xde masalah. Dah lali.. still bila suami outstation rasa KOSONG. Xde orang nak bertekak sbb cabut charger phone sampaikan plug fridge tertutup, end up stok susu cair. Xde orang nak bertekak sbb bila me marah Aulia tapi suami gelak2, end up Aulia pun x heran mama marah. Xde orang bertolak2 suruh itu ini.. "Eh, apa plak b. Ny la buat..". Xde orang nak bela diri walopun dia yang salah "Salah b?B?" pastu gelak2 sbb memang dia salah. Sebab tu orang cakap suami-isteri saling melengkapi. Bila xde rasa kosong.. rasa rindu walopun bila bertemu mata asyik nak bertekak je kejenya.. sume mende x puas hati hakhak!

2-3 hari ni Aulia asyik nak berdukung je masa pagi2 gi skool. Sebelum ni bleh la plak dia jalan sendiri. Nak manja2 la plak.. X pasal mama kena buat 2 trip.. memula dukung adik pastu dukung kakak. Pagi2 buta kol 6.30 dah berpeluh. Xyah susah2 exercise.. 1st trip angkut dumbell cap Hana 5kg then 2nd trip dumbell cap Aulia 12kg. Nampak lengan ku ini.. ada muscle kan? Bila balik rumah sejam sekali dia akan tanya "Papa gi mana? Papa gi work ke? Papa x balik lagi ke?" penat oke nak menjawab. Memang xde can la nak rehat bila balik keje.. tapi sebab ada anak2 la life x rasa sunyi sangat. Sebab anak2 la me dapat continue day to day living without suami di sisi. RINDU kat suami.. tapi dek x menang tangan uruskan anak2 x dapek la nak feeling2 layan rindu muahahah!! Suami.. rindu pada awak. Sila balik cepat bersama 'apa2' buah tangan yang boleh dibeli. Pedulik la beli kt R&R masa on the way balik pun. Janji beli!

Ada sahabat baru dapat baby. Suami dok jauh nun di seberang laut china selatan. Suami isteri PJJ la gayanya. Sedih je dia bila kenangkan nasib sekarang berjauh dengan suami, duduk menumpang dengan abang sbb kakak ipar babysit anak. Rimas rasanya x boleh hidup sendiri. Tak tau camne nak lalui hidup sekarang. Sahabat, jangan terlalu di fikir.. go with the flow. You'll be suprise with life ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: