RSS

Pilu hati ibu

Baby NurHannah binti Mohamed Helmi

HANA1

Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.

HANA2

Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.

HANA3

Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.

HANA4

Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.

And here I am whining on how Hana refuse to menyulur, terlebih manja & asyik nak berdukung je. Tengokkan gambar2 ni luluhnya hati seorang ibu.. kalo la dapat ditukar ganti. Semoga Hana seindah maksud namanya mendapat kebahagiaan & rezeki tanpa kepayahan untuk cepat sembuh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 say what?:

Marsha~ said...

sedihnyeeeee... ya Allah, permudahkan segalanya untuk hannah... may kenal ke mak hannah ni??? hanya doa dpt sy berikan...

ashikin said...

semoga baby hannah cepat sembuh...Amin