RSS

Iftar :: Chinese-Muslim food

Seperti yg di plan.. cinta hati mau berbuka dgn Chinese-Muslim food. Haruslah cari tempat yg dekat2 dgn rumah je so that xyah terkocoh2 & berebut nak semayang maghrib. Sudahnya ke Restoran Mohd Chan Abdullah area KJ la kami.. Cinta hati book awal2 dalam kol 4 lebih. Inilah antara menu kami..

0500_KetamMasakSosSpecial

Ketam masak sos special

_MG_5120

Butter prawn

_MG_5001

Sotong goreng rangup

1412_RebinaLaici

Ribena Laici

Tambah lagi kangkung goreng belacan + itik panggang + ayam lemon.. giler tamak ah, 6 dishes dh la portion besar2 pastu utk 4 orang makan je. Sudahnya makan sikit then tapau bawak balik je. Boleh la buat lauk untuk sahur plak kang.. Verdict? Ok la.. itik panggang tu x kena dgn tekak saya ngan cinta hati huhuhu..

Seperti yg di bayangkan saya x dapat langsung menikmati makanan saya huhuhu.. 10 minit pertama je anak2 ok lepas tu mula la buat perangai. Hana nya asyik merengek je nak berdukung sbb dia x sedap badan baru lepas makan ubat selsema ngan batuk. Aulia plak bila ada acik2 nya terlebih mengada plak sbb acik2 rajin melayan. Kalo dgn mama haruslah kena cubit dah. Khayla pun x senang duduk sbb kalo kat rumah kol 7-8 tu biasanya saya tidokan sekejap so that senang masa berbuka.. so dia pun merengek nak tido.

Rasa2 cam tobat je nak keluar buka puasa kat luar tahun ni. Tunggu tengok next year kot2 mek2 kenit dh besar sket. Kalo teringin sgt pun biarlah keluar lepas setel semayang maghrib semua. Cara nak keluar berbuka on time pastu terkocoh2 nak kejar semayang.. alahaii buat penat badan je. Bila penat mula la nak mengamuk.. x berbaloi. Xpe lah anak2.. mama ngan papa korban la setahun dua sementara korang nak besar ni. Biarlah korang melasak puas2 kt rumah.. just enjoy childhood moment korang ye anak2.

Sekian report iftar pertama kami anak-beranak di luar huhuhu :p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: