RSS

Kurma Milkshake

Sekarang dh bulan puasa banyak dapat stok kurma.. cam saya dapat MIL bagi then cinta hati pun dapat dr ofis. Saya x gemar sgt kurma tapi bila fikirkan khasiatnya banyak bagi tenaga especially masa puasa ni then one of milk booster, gagahkan jugak la makan 2-3 biji. Bila banyak sgt stok kurma kat rumah so terpikir la cara nak habiskan. Masa google jumpa resepi Kurma Milkshake ni. Rasanya ramai dh tau.. saya je baru terjumpa hehehe..

kurma

Bahan-bahan :
  • 10 - 15 biji buah kurma, dibuang bijinya
  • air secukupnya
  • 1 liter 'Fresh Milk' atau Susu Kotak Dutch Lady
Cara-cara :
  1. Kurma dididihkan dengan air di atas api perlahan. Masak sehingga agak hancur dan menjadi seperti puree.
  2. NOTA: Sukatan air cukup sekadar untuk tenggelamkan buah kurma di dalam bekas
  3. Dah siap puree buah kurma tu, guna mesin pengisar (blender) & blend dgn fresh milk tadi.
  4. NOTA: Kalau puree buah kurma tu tak berapa hancur ketika dimasak, 'blend' puree dulu, baru masukkan susu.
  5. Boleh dihidangkan sejuk atau suam. Sedap & Berkhasiat!
  6. NOTA: Kalau tak nak buat puree dulu pun boleh. Asalkan dapat buah kurma yg lembut, buang biji, terus jer blend dgn susu. SELAMAT MENCUBA.

kurmamilkshake

Lepas buat tu terus masuk dalam peti ais. Sedap weh minum sejuk2 masa berbuka..lemak berkrim! Saya memang penggemar susu so xde masalah la nak minum. Nak kurangkan rasa bersalah takut gemuk guna susu Low Fat nguehehehe.. Tapi series sedap Kurma Milkshake ni. Rasanya tahun ni xde la terbiar je kurma yg banyak2 kt rumah ni. Alhamdulillah, production susu pun ok. Xpernah lagi pam lepas minum sbb saya selalu direct feeding je malam. So far breast rasa sentiasa penuh je pastu malam2 Khayla pun kurang bangun sbb dh kenyang kot, kadang tuh sampai tersedak2. Ni yg best.. saya dapat minum sedap, baby pun dapat susu banyak hehehe.. Try la..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: