RSS

Minggu terakhir Ramadhan

Alahaii syahdunya bila fikirkan Ramadhan dh nak berlalu kan? Rasa cam baru sangat MIL gerak bangun sahur masa 1st Ramadhan tau2 dh minggu terakhir. Rasanya Ramadhan kali ni dugaan terbesar saya melayan peel anak2 yg makin banyak ragam & peel budak2 khas yg makin kuat mengamuk. Tetiap hari ada je ragam baru yg derang buat nak mengurangkan pahala puasa huhuhu.. dugaan.. dugaan.. Puasa plak x dapat la nak puasa penuh sbb bendera Jepun saya ala2 haywire sket, datang x tentu hala. To date dh 9 hari saya tinggal puasa.. alahaii sayangnya.. insyaAllah tahun ni kena qadha’ puasa awal2 so that xde la dh nak dekat next Ramadhan baru nak terhegeh2 ganti puasa hehehe..

315946_1863156109168_1548943722_31446978_4645979_n

Hari ni saya cuti sebab Aulia batuk dh teruk sgt.. mcm batuk kering dh bunyinya. Semalam dh start tapi xde la bunyi teruk mcm pagi ni. Hari ni saya kena monitor betul2 jadual makan ubat. Dah pesan kt teacher suh bagi kt skool semalam tapi baginya maybe sekali je kot. X leh la nak salahkan derang sbb dah tentu2 ramai kt skool tu. Sudahnya hari ni biar saya je jadi misi garang kt umah paksa anak2 makan ubat hakhak!

Si Hana plak demam, panas sgt badan dia. Kalo tersentuh bleh tgn kita refleks sbb panas sgt. Malam tadi je dh 2 kali dia kena mandikan tengah2 malam. Bagi ubat trus dia muntah keluar segala isi perut. Dah bagi PCM surut la kejap tapi lepas abis dos lepas 4 jam gitu temp shoot balik. X lena tido di buatnya sebab kejap2 bangun check condition dia. Risau takut dia tarik masa tgh sedap2 tido tu x sedar. Nak monitor tgk hari ni camane. Stok ubat memang x pernah putus tapi kalo masih x baik lagi esok bawak jumpa paed kena amik antibiotik. Aduhaii anak2.. serabut kepala mama bila korang x sihat gini.

299175_1853076817192_1548943722_31435853_725070_n

Baby Khayla pun tgh flu ngan batuk.. kesian je badan kecik terhinggut2 bila batuk. Hidung plak tersok-srek-sok-srek berhingus. Haiih.. tapi nasib baik la dia x buat perangai sgt. Maybe bagi peluang kt kakak2 nak mengada dulu. Good girl la baby mama ni..

Persediaan raya anak2 dh berlebih2, pantang nampak je beli huhuhu.. tapi bukan la semua nak di pakai utk raya. Kebetulan masa raya ni sale sana sini.. masa ni la nak amik peluang beli baju2 baru utk anak2. X rugi beli pun sbb derang 3-3 beradik perempuan so baju tu bley jadi turun temurun huhuhu..

Dok gila beli baju anak sampai terlupa baju bapaknya lom beli lagi, boleh? Hari tu belikan jeans je, shirt untuk raya kedua ngan ketiga x jumpa lagi. Sebenarnya x tau nak beli kaler apa. Tema raya pertama kaler purple, baju sedondon anak beranak Alhamdulillah dh setel. Tailornya haruslah yg tetap & berpencen.. my mom muahahah! Cuma raya kedua x tau lagi nak kaler pe. Nak beli biru cyan sbb cinta hati xde lagi kaler biru tu tapi saya plak dh byk. Nak kena pikir baju kami laki bini, raya pertama, kedua, ketiga nak kaler pe.. anak2 raya pertama je pun sedondon. Selalunya saya yg akan manage bab baju raya sebab di pagi raya cinta hati cuma akan tanya “Nak pakai baju apa yang?”. Kalo dia pakai baju lain saya sentap hakhak! Paksa rela la kiranya muahahaha..

medium_IMG_0196

Biru cyan camni cantik kan?

Till then.. cuti di rumah dgn adanya anak2 jangan harap lah saya boleh cuti dalam erti kata sebenarnya ek. Askar2 bersekutu saya dh bangun. Masa untuk berperang! ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 say what?:

Marsha~ said...

sian diorg.... musim demam kot skrg ni