RSS

Aktiviti minggu ini..PSN

Tetiap kali weekend the kakaks akan tanya “Kita nak gi mana ari ni?” Memang sume jenis bontot x reti dok diam dalam umah. Jenuh la masa mama dalam pantang nanti sume menggelupur nak keluar huhuhu.. Saya dah 2 kali bawak budak PPKI gi ke PSN, everytime gi mesti teringat nak bawak derang. Alang2 minggu ni x ke mana so ajak cinta bawak anak2 gi PSN tengok dinosour. Sebelum g haruslah breakfast dulu kat mamak.. aktiviti rutin hujung minggu hehehe..

Photo1408

Sampai PSN ngam2 kol 9. Cinta tanya jalan mana la saya tau sbb selama ni gi naik bas, kalo drive sendiri lain la. Nasib baik la cinta ni jenis x segan nak bertanya terus jumpa tempatnya. Sampai2 dah de 2-3 bas menunggu.. masyaAllah, ingatkan on weekend x ramai rupa2nya penuh sesak! Nasib baik la saya pernah pergi so tau mana nak tuju nak beli tiket then ke bilik pameran bagai.

Photo1410

Photo1402

Sampai2 je terus saya bawak anak2 gi tingkat 2 tengok pameran dinosaur sebabnya memang ramai sgt rombongan yang tengah siap sedia nak menyerbu huhuhu.. kiranya masa kitorang anak beranak masuk tu orang pertama la. Pastu ingatkan anak2 excited la rupa2nya sume takut! Adoii la.. Hana memang dah x nak berjalan langsung. Papa la jadi mangsa nak kena dukung sepanjang jalan. Yaya plak memula ok pastu bila natang tu start gerak2 dia dah cuak. Khayla paling relax & kagum tengok dinosaur.. siap ternganga2, muncung2 tengok. Sikit pun x nangis.. caya lah baby Khayla!

Photo1414

Photo1416

Yaya plak sekarang dah makin pandai nak try sume mende.. good girl! Memang tujuan saya bawak anak2 gi PSN ni nak bagi derang expose more to hands on.. picit je segala button yang ada. Explore segala apa yang korang nak explore.

Photo1417

Photo1420

Photo1423

Hana plak lepas tgk dinosaur tadi asyik la dengan takutnya. Apa yang dia terbayang ntah la.. tapi bila nampak train ni terus dia excited nak naik sampai xmo turun huhuhu..

Photo1433

Photo1427

Spend dekat 2 jam gak kat sini bagi mek2 ni try segala mende yang ada.. bukan anak2 je excited dengan bapak2 dia skali pun excited nak menerai segala apa yang display kat sana.

Photo1439

Photo1442

Sebelum balik singgah dulu kat kids area nak bagi derang main sket2. Nak bagi main kat Foam Factory ngan tempat lompat2 yang lain tu risau plak nak lepas sebab memang terlalu crowded sampaikan dah nak berlaga kepala budak2 dalam tu. Main je la kat tempat yang less crowded ni buat syarat.

Photo1444

Photo1451

Kol 11 gitu gerak balik umah sebab masing2 dah keletihan. Khayla pun dah mengantuk sebab memang dah nap time dia. Cumanya lenkali kena ingat nak bawak buggy sebab Hana wat peel nak berdukung, Khayla pun sama.. at least kalo salah sorang dok dalam buggy kurang la semput ngan senak mama nak dukung Khayla berjalan ke parking adoii la.. Pepepun saya puas hati dapat bawak anak2 gi Pusat Sains Negara bagi derang experience. Arini mama ganti posa so sume orang kena dok rumah oke hehehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: