RSS

Ahad yang biasa-biasa

Tahun ni rasanya dh jarang sgt balik kampung sedangkan jarak nk balik ke Utara ngan Selatan lebih kurang je kot. Masa kt Kuantan dulu bley kata tetiap minggu balik kampung. Kalo bukan Johor.. Kedah, dok ulang alik situ la tetiap minggu huhuhu. Maybe sebab tahun lepas jaga mek nget tu berdua je pastu derang x reti bertekak lagi so boleh la balik kampung dengan aman dan bahagia. Sekarang ni paling lama Yaya ngan Hana bley baik pun 15 minit lepas tu mula la derang lepuk melepuk sesama sendiri. Belum campur menjerit, menangis berebut segala mende alah yg ada. Adoii la.. rasa huru hara dunia. Perjalanan 5 jam rasa macam 5 hari!

Few weeks gak x ke mana masa weekend. Just keluar breakfast then bawak mek2 ni ronda mall jap sampai tengahari, lepas lunch balik rumah tido sampai ke petang. Weekend yg sgt x productive tp best sbb dapat rehat kt rumah. So hari Ahad lepas camtu gak la rutinnya.. cumanya kali ni bawak Yaya buat art dulu sbb ada lagik 7 session. Weekend jangan harap la papa akan bagi mama bangun lewat kan? Komplot anak beranak kol 6 pagi sume dh terbuntang bijik mata.. bila siap2 mandi sume nak keluar rumah tengok2 baru kol 8.30! Sudahnya sampai OU baru kol 9.. 1st session art start kol 11, rentung la nak menunggu papa oii!! Nasib baik la ada tempat nak di tuju xmo bagi mek2 ni sangap.. Meh kita gi tengok ikan ye anak-anak..

IMAG0854

kolam

Nasib baik la baby Khayla pun tengah mamai mengantuk so x banyak ragam.. lalok je dalam buggy tengok the kakaks dok melompat. Risau je mama takut korang plup masuk kolam berenang dgn ikan2 tu huhuhu.. Kol 10 lebih baru gerak gi lepak breakfast kt Toast Box then register Yaya utk 1st art session kt sini.

IMG-20110507-00288

Sejam menunggu Yaya habis buat art, meronda la dulu.. lepas setel sume Yaya ngadu lapar. Singgah lunch kt KFC pastu terus balik rumah sume terbongkang tido. Itu je la kisah hari Ahad kami anak beranak...

IMAG0857 

Sebelum tu, ni hasil  kerja tangan Yaya.. practice makes perfect. So proud of you girl. Nanti kita pindah rumah sendiri bley letak kt depan pintu bilik korang adik beradik eh :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 say what?:

Marsha~ said...

skrg ni susah btol nak tido ptg... dulu masa anak2 kecik, boleh lah jugak.. skrg ni mmg takde harapan... huhu