RSS

Her 2nd year..

HAPPY 2nd BIRTHDAY MY DARLING ANGEL YASMEEN HANA!! Yeayyy.. alhamdulillah hari ni genap usia bombom mama ni 2 tahun! Walopun sepanjang membesarkan anak mama ni banyak sgt sakit jantungnya dek kerana menjerit sbb selalu bergaduh dgn kakak Yaya tapi mama ngan papa sgt bersyukur di kurniakan anak yg sihat, cerdik, manja & banyak peel yg selalu buatkan kami bahagia.

25_640x427

Mama & papa doakan semoga Hana diberikan kebahagiaan berpanjangan dan semoga sentiasa didalam lindungan rahmat Nya. Semoga Hana membesar menjadi anak yg solehah, mendengar kata & menyenangkan hati kedua orang tua dan sesiapa saja.

28_640x427

Banyak sgt, x tercerita development Hana sepanjang 2 tahun ni.. yang pastinya sekarang ni Hana sgt la talkative walopun kadang2 kami x paham bijik butir yg dia cakap. Seronok tgk dia pok-pek-pok-pek membebel x kira masa. Seminit pun dia x dok diam.. selagi dia x tidor selagi tu la adaaaa je keje dia nk buat.

17_640x427

Happy birthday Yasmeen Hana.. mama & papa sayang kamu hingga akhir hayat! Biarlah selama mana pun masa berlalu kamu tetap anak manja cibombom mama & papa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: