RSS

Letih

Series me tersangat2 letih fizikal & mental melayan peel anak bertuah seorang ini. Perangainya semakin menjadi2 sekarang dengan degil x nak dengar cakap orang langsung, keras hati + melawan.. adoi la.. boleh kata setiap hari gegak gempita rumah tu dengan jerit pekik mamanya berperang saiko dengan anak dara ni. Bukan setakat jadi makhluk hijau dh mamanya ni, lebih dari tu dh jadi pompuan gila meroyan dh gamaknya..

22012010491

Kalo time dia baik memang sweet sgt Aulia ni. Pandai cakap sampaikan bijik butir perkataan dia tuh buatkan kita pikir dari mana la budak ni belajar? Buku2 yg dibelikan boleh kata sume dh dihafal & kenal gambar2 yg ada. Siap boleh ceritakan balik setiap gambar yg ada dalam buku tu kt kita. "Meh yaya cite kt mama ek.." aman damai je rasa bila mood dia sun shiny.

Tapi.. sekarang ni bleh kata ribut taufan je manjang mood dia. Kalo apa2 yg dia cakap x dituruti, dia melalak mengamuk x hengat dunia. Xpun kalo nak apa2 masa tu jugak dia tergedik2 nak. Contoh kalo mama tengah susukan adik, masa tu gak la dia sibuk2 nak minum air soya dlm peti ais. Selagi x bagi, selagi tu dia ulang2 mintak. "Yaya nak air soya." sampai 100x! Bila dh amik, dia sedut sikit pastu xnk pastu mintak mende lain plak. Sakit hati x? Kalo nak apa2 kita x bagi dia bantai melalak sampai nak terkeluar anak tekak. Adoii la.. bingit telinga ni bila dia melalak x tau full stop. Dah la lama plak tu. Kadang2 bleh amik masa sejam dia melalak pastu merintih tersedu2 pastu melalak balik! Bila dah letih2 balik keje dia buat perangai gitu, bukan setakat bingit telinga, hati pun cepat je menggelegak.. ringan2 je tangan ni nak melayang.. aduhaii..

Peel baru dia start last week, tengah2 malam je dia menggelisah pusing2 satu katil, tendang abis belakang orang pastu melalak. Series me penat sangat nak melayan peel dia menangis x tentu hala kol 1-2 pagi pastu pujuk2 pun x jalan. Bila tanya, "Yaya kenapa? Sakit perut ke? Gatal2 badan ke?" lagi kuat dia meraung bagai. Dah la sekarang tgh HOT kes dera budak, kang x pasal2 jiran2 kata me dera anak plak! Badan penat x terkata + jiwa x tenang + otak berserabut pikir kan apa la puncanya perangai Aulia berubah 360 degree?!! Mind, body & soul memang worn out.. rasanya dalam rumah tu cuma jasad je yang berjalan ke sana ke mari menguruskan segala benda. Me dah tentu2 la x pernah dapat beauty sleep kan? Dah adiknya every 2 hours merengek nk menyusu pastu sekarang Aulia plak wat perangai.. Ya Allah, berikan la aku kesabaran & ketabahan untuk mendidik & membesarkan anak2 ku. Sesungguhnya hamba mu ini terlalu lemah saat ini..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 say what?:

Marsha~ said...

selalunye budak umur mcm ni tak lain tk bukan, dia nakkan perhatian... cuba luangkan masa dgn dia, jalan gi park ke... just berdua je dgn dia.. tinggalkan adik kt umah dgn ur hubby.... rasanyelah kot.. Qila kalau buat perangai, sy buat mcm tu je...

m@y said...

mmg nakkan attention..sbb tu ada je 'perangai cantek' yang dia nk buat huhuhu..