RSS

Kurang kasih sayang kah?

IMG0914A

Bila tengokkan muka mek kenit nih kekadang, hati rasa syahdu je.. Dah bersedia ke dia untuk ada adik? Sekarang ni pun dia dh cepat sangat terasa hati.. pantang mama apa lagik papa tinggikan suara sikit, air mata dia dh merebeh2. Kadang tuh papa cuma cakap "Isy, budak ni!", lom pepe Aulia dah menangis tersedu2 mengadap pintu-merajuk bawak diri. Alahaii anak.. bukan niat mama & papa nak marah2 x tentu pasal tapi bila perangai awak tu dh melampaui tahap kesabaran & keletihan badan.. x dapat la nak dielakkan.

Kadang2 tuh terdetik kat hati mama.. "Terlalu awal ke mama bagi adik untuk Yaya? Mampu ke mama jadi mama yang baik.. bahagi kasih sayang seadil2nya untuk anak2 mama nanti?" Kalo bukan sekarang, bila lagi? Aulia dh masuk 3 tahun.. nak tunggu gap berapa tahun baru nak bagi adik? Kang kalo dh lama sgt sampai 6-7 tahun lagi la Aulia terasa hati sebab perhatian yang selama ini tertumpu untuk dia dh berubah. Bila dia tido lagi la syahdu rasa hati tengokkan muka innocent dia..

Sekarang ni badan x berdaya sangat nak bergerak. Bila amik Aulia balik skool mula la kat umah dia request mcm2.. nak itu, nak ini.. Kadang tuh rasa nak marah je melayan peel dia yang nak macam2 tapi bila ingatkan dia cuma nak bermanja dok kat umah dengan mama dia sendiri.. pelan2 pujuk hati.

Papa plak balik umah kol 8. Lepas Isyak dalam kol 8.30-9.00 malam gitu dah letih nak tido. Makanya Aulia mula la wat perangai sbb x puas bergurau senda dengan papa lagi. Nasib baik la papa considerate.. sanggup extend waktu tido sampai kol 10 lebih demi melayan kerenah anak manja nan seorang ni. Hujung minggu je la yang ada untuk melayan anak dara kenit ni sepenuhnya. Kesian je bila balik dinner malam2 dia tanya, "Kita nak gi mana ni mama?" then me cakap la nak balik. Tanya balik kat dia "Yaya nak gi mana?" then slow je suara dia jawab "Yaya nak gi jalan2.." alahaii, nak menitik air mata mama ni anak oii.. x cukup kasih sayang ke anak kita ni yang?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 say what?:

Marsha~ said...

isshhh.. sayu lak baca entry ni.. kita serupalah, mengalami masalah yg sama... bersediakah anak kite ni nak menjadi kakak..? skrg ni bukan main manja dan selalu merajuk.. selalu gak kena marah.. bila dia dah tido, rasa sayu dan sayang sgt kan?? rasa bersalah sbb marah dia.. huhuhu

m@y said...

Marsha,
memang kita dh ujung preggy nih emo kot bila sentuh bab2 anak ni..bleh nampak lain je cara anak kita ni manja kan?as if kita xkn endahkan dia bila ada adik nanti huhu..cepat sgt terasa hati..

CaMaRPuTiH said...

kanak2 yg tahu kasihnya akan dibahagi mmg begitu.. hope spend enough time for her.

my dotter yg lum ada adik ni pun mudah merajuk, terasa hati, xle di marah apatah lg kalo daddy n mummy dia dok manja berdua2.. sure dia jeles. :)