RSS

Ke sekolah

Hari ni 1st day masuk keje kira cam sama la cam budak2 masuk skolah. Daripada 70 org cikgu dlm skolah tu separuh yg jumpa cakap "Waaa.. may makin slim la, kulit lak makin putih. Berseri je nampak." Uhuk..uhuk.. terima kasih la akak2 yg memuji tuh. Kata2 tu kan doa.. semoga saya maintain slim & jelita hendaknya. Owh, ada unsur2 riak di situ kerana berjaya di'acknowledge' sebegitu rupa instead of org ckp "Uih,makin kembang lepas beranak ni yer?" huhuhu.. Tapi hati masih belum puas sbb suami masih belum memuji, bila ditanya respon cuma "Lom betul2 kurus lagi ni.." Kena tunggu tinggal rangka baru mau puji kah sayang? ;p Awak harus bersyukur sbb isteri sudah lose satu demi satu saiz jeans yg dipakai. Masa dalam pantang 32 then lepas sebulan 31..sekarang sudah mau bertukar ke 30. Harapnya dalam masa 7-8 bulan lagi muat ke size 27! Sungguh besar azam tahun baru ini hakhak!! Apa2pun kuddos to BF for making this happen..

Owh, sudah lari tajuk. Hajatnya mau bercerita hari pertama kembali ke sekolah. Hujan dr pagi bawak ke petang x henti2. Orang2 kt sini yg superstitious kata hujan camni cuma akan berhenti masa Raya Cina nanti. Jangan ditanya sbb me pun x tau apa relevannya? Pengalaman baru bila nampak sendiri keadaan hari pertama budak2 darjah 1 ke sekolah. Rasanya disebabkan budak2 sekarang dh dilatih gi skolah seawal umur 5 tahun derang dh relax.. mak bapak je yg over xmo balik nk teman anak. Ada tuh siap sound kt maknya "Ummi balik la dulu, nanti tghari dtg amik k. Malu la ummi duduk dgn adik kt sekolah. Ummi pegi la keje.." hakhak!! Budak2 sekarang cepat matang. Tapi masih ada yg meleleh air mata bila disuruh masuk kelas lepas assembly. Parents siap bley tunggu menyanyi Negaraku sekali masa assembly oke! Cane la Aulia skolah nanti ek? ;p

Hari ni tetiba rasa bangga dgn title keje sekarang.. bila parents yg selisih bagi salam xpun angguk kepala senyum then cakap "Cikgu.." owh, terasa diri ini sgt dihargai. Balik ke kelas Pendidikan Khas, mostly muka2 yg sama tersengih bila nampak cikgu. Biarpun budak2 ni kekurangan tapi setiap apa yg derang cakap & buat ikhlas. Sebab tu walopun derang murid2 khas tapi cikgu2 layan mcm murid2 biasa cuma expectation tu x tinggi. Ada this boy yg pelat, kdg2 x paham langsung apa yg dia cakap. Favourite words dia 'Babi' or 'Palat'.. setiap hari cikgu2 akan di'zikirkan' dgn these 2 words. Owh, pagi tadi je masa masuk kelas me telah di ucap selamatkan dgn 2 perkataan itu. Rasa mcm nk lempang je kan? Tapi bila dh jadi sebahagian dr org yg mendidik anak2 khas camni.. slowly kita jadi lali & tau cara nk approach. Jangan x tau.. me salah seorang dr 'singa lapar' dalam sekolah. Sekali bertempik sekolah sebelah pun ley dengar hakhak!! Dulu masa preggy me selalu bertempik sbb nk mengejar budak2 hyper suh masuk kelas. Sangat mencabar minda mengajar budak2 yg x reti duduk diam & dgr arahan oke! Desibel suara kena melebihi paras normal baru la derang alert. Masa preggy dulu selalu me cakap "Mau terberanak awal cikgu dok bertempik kt korang hari2 camni tau x?" Kata2 memang doa.. at 36weeks me dh beranakkan Hana.

Kalo orang lain takut2 nk mengajar kt PK tapi me bangga. Me ada peluang nk bantu budak2 ni belajar sedaya yg mungkin. Biarpun derang xleh nk capai target sekolah bagai tapi bila tgk 'semalam budak ni x reti pegang pensel, hari ni dh boleh buat garis cakar2', perasaan tu x tergambarkan.. The joy of being a special education teacher.. I'm totally blessed! Alhamdulillah sbb di beri peluang yg x semua orang dapat :)

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: