RSS

Aktiviti balik kampung

Dah banyak minggu lepas balik pantang bertangguh nak balik Johor. So minggu ni balik sana. Seronok la atuk ngan nenek bley jumpa cucu2nya, dah 2 bulan lebih x balik. Balik kejap je pun Sabtu pagi bertolak pastu petang Ahad dh balik KL. Walopun kejap je tapi mek2 ni banyak aktiviti.. dh nama pun balik kampung, langkah pun panjang la! Antara aktiviti Yaya ngan Hana arini, ikut atuk ngan nenek cari kambing utk aqiqah bb Khayla nanti. Dah tentu2 la segala lembu, kambing di pegangnya masa kt kandang tu huhuhu.. Mama x ikut sbb jaga bb Khayla kt umah.

Photo0410

Photo0409

Photo0414

InsyaAllah kalo xde aral next week buat majlis aqiqah & doa selamat utk bb Khayla. Xde plan pun, tetiba arini cinta hati gi cari kambing pastu trus konfem ngan mak abah nak buat majlisnya minggu depan. Alhamdulillah.. rezeki Khayla.

Balik dr cari kambing tu, Hana dh tido. Tinggal la Yaya xtentu arah, tetiba atuk panggil nak mandikan angsa.. huh, suka la! Bukan senang nk dpt peluang camtu.. atuk plak layankan aje..

Photo0421

Photo0422

Photo0426

Rugi tul Hana tido masa mandikan angsa tu kalo x dia lagi excited sbb Hana lagi jakun, tgk ayam dekat2 pun dia dh rasa cam amazing giler huhuhu.. Petangnya lepas makan, solat sume terus gerak balik rumah. Singgah minum2 kt Seremban jap sbb Hana dh start mengamuk boring dok dalam carseat huhuhu.. Esok papa keje.. ok la, walopun kejap tapi puas hati dpt setel apa yg patut. InsyaAllah next week balik lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: