RSS

Weekend ini

Cadangan asal nak balik Johor sbb since lepas bersalin aritu PIL lom tgk lagi si kenit Khayla ni. Tetiba cinta hati ada meeting Ahadnya kt Kerteh. Haruslah mengikut heret anak beranak sume kan? Huhuhu.. InsyaAllah, next week balik kampung kalo xde aral. Maka di sini lah kami untuk hujung minggu ni – Awana Kijal.

217384_1616575944818_1548943722_31184633_4833724_n

Sampai lebih kurang kol 2 lebih.. Yaya nampak je bath tub dlm bilik air tu dh terkinja2 nak berkubang. Bagi la mek 2 beradik tu main air sampai kecut2 tangan. Kol 5.30, cadangnya nak gi jalan2 kt beach la tapi bila nampak je kids pool sume dh keras cedung x mo gerak. Melekat mata kt situ bila nampak budak2 lain mandi, dgn x bwk swimsuit nye belasah je la pakai apa yg ada huhuhu.. Memang seronok sgt la dpt main kt pool tu sedangkan dlm blk baru je main air.

208184_1615726003570_1548943722_31183399_2210482_n

Malamnya kuar dinner dekat2 situ je. Ingatkan dh sakan mandi kt pool siang tadi, malamnya tido awal la.. hampeh.. dkt kol 10 gak baru la masing2 nak tido. Itu pun lepas puas kena marah menjerit bagai. Ingatkan boleh la tido dgn aman damai.. xde maknanya. Kalo dh nama ada anak kecik ni jgn harap la boleh tido dgn tenang masa holiday ke hape ke. Masing2 dh letih badan mula la malam tu masa tido nak bunyi je kejenya. Sudahnya 3-4 kali saya ngan cinta hati tido-bangun-tido-bangun dok melayan. Penat? Xyah cakap la.. nak sgt anak ramai kan? Hah, rasakan la..

221806_1616564344528_1548943722_31184620_1837115_n

Paginya lepas subuh saya terus mandi bersiap nk gi breakfast. Dah babai la habit tido balik lepas subuh bila dgn 3 beradik ni. Boleh je nk tido balik sbb derang lom bangun lagi tapinya once saya dh tido pastu dikejutkan mau la saya start moody. Bila saya moody, anak2 dgn bapaknya jadi mangsa kena marah. Oleh itu, lebih baik la saya mulakan hari saya dgn mood yg baik.

215455_1616560104422_1548943722_31184610_7414059_n

Lepas breakfast nak gi beach la kononnya.. dh tersangkut kt playground plak huhuhu.. Cinta hati gi meeting kol 10, anak2 pun dh lali2 buat perangai nak tido. Kol 12 nanti gerak balik KL.. sekian la hujung minggu kami. ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: