RSS

My lil baby Khayla

Selasa lepas Khayla kena jab pneumococcal 1st dose.. meraung kejap je lpas jab tu, tepuk2 pujuk pastu trus tido. Good girl la anak mama ni! Esoknya demam sket, tampal cool fever dh xpanas badan dia. Alhamdulillah, berat Khayla pun naik lagi. Seminggu sblm tu kena jab 2 bulan, masa tu timbang berat 3.7kg. Timbang selang seminggu dh naik 3.9kg! Alhamdulillah.. berkat susu ibu.

bb car

Bagi saya yg dpt anak2 jenis kecik tet nih, bila berat derang naik tersangat la hepi! Sebabnya masa Yaya dulu semedang berat bwh line kuning.. susah hati jgn cakap la. Mulut org keliling lagi, “Awak x bagi anak makan ke? X besar2 pun..” haih, aku tampar kang. Bila dpt Hana yg montel & suka makan baru la rasa seronok. Bagi la apa saja konfem belasah! Rasanya Yaya ikut papa nya, jenis badan xnaik. Tokmama ckp Hana ikut mama nya, jenis bulat.. hah, nak kata haku gemok la tuh!

bb dmm

Khayla bila dh 2 bulan ni makin mudah di jaga.. walopun temper tantrum dia masih lom hilang. Maybe saya pun dh makin faham peel budak kecik sorang ni, dh bley adapt dgn adanya dia & kakak2nya. Keypoint dia kalo dia dh start ek-ek lapar tu jgn la lambat2kan. Jangan la nk siapkan kakak dulu ke, hape ke.. konfem dia mengaruk! Priority pada dia.. dh tu nama pun baby. Helpless, bergantung sepenuhnya kt mama. Bagi dia minum kenyang2 then baringkan dia kt atas tilam.. insyaAllah dok la dia kt situ mengeliat-teran-isi, meliok lentuk kt situ. Cuma kekadang tuh dia merengek sket, mintak perhatian, mintak dibelai.. innocent sgt baby Khayla ni.

IMAG0585 

Malam pun Khayla dh x berjaga. Agak2 nak merengek je terus sumbat br**st, maka lalok la dia sepanjang malam huhuhu.. Khayla skrg dh jadi easy baby.. budak baik. Time mengantuk nak tido atau lapar je mengamuk cam nk pecah rumah. Semoga makin hari makin mudah mama nak jaga Khayla. Sayang baby Khayla.. xoxo..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 say what?:

Marsha~ said...

cantik mata dia

m@y said...

tq..mata dia mmg soft je.