RSS

Flying solo

Nehi..nehi..bukan status saya huhuhu.. Nak cerita hal saya handle 3 budak kenit tanpa bantuan. Itu pun nak bangga? Harus lah kan.. ko kutuk-kutuk, ko ada? Ngeee.. Selagi awak x berada di tempat saya, awak xkan tau betapa huru-hara hidup dibuatnya dek 3 makhluk kecik tet nih ;p

DSC_0087

Dekat 2 bulan saya uruskan anak-anak dengan bantuan mama & abah, bila balik rumah sendiri.. segalanya kena setelkan sendiri aduhaii x menang tangan! Kalo selama 2 bulan ni saya relax je bley bangun lambat sesuka hati, mandi lama2 siap scrub lulur satu badan bagai, nak buat keje terhegeh2 pun xde rasa apa sbb saya tau ada orang nak tengok2kan anak2 saya.. keji hakhak!! Mama & abah baru balik tengahari tadi.. uwaaaa.. saya yg rasa nak menangis bila lambai kt derang masa nak bertolak tadi. Nasib baik Yaya ngan Hana awal2 dh antar gi skool. Kalo x mau melalak meraung nak ikut balik kampung, sudahnya kang.. I will follow you ekekekek!!

Mamabah bertolak balik kol 12 camtu, kol 3 saya gi amik anak2 kt taska. 1st time bawak Khayla dlm carseat. Sebelum tu bg dia BF kenyang2 dulu so dalam kete dia dok ok-ek-ok-ek bunyi sambil mengeliat2 tapi belum nangis la.. Khayla ni memang mengada2 sket. Pantang letak je mula la nak bunyi. Lepas amik Yaya ngan Hana sume terus balik umah. Xde can dh nak ronda menyinggah mana2 cam selalu huhuhu.. Alhamdulillah, cubaan pertama bwk Khayla dlm carseat berjaya. Dekat je pun taska tu, xsampai 15 minit perjalanan tapi disebabkan traffic light yg buatkan lama tu.

IMAG0427

Sampai kt rumah bermula lah cabaran saya sbg mama anak 3! Saya kena buat 3 trip bwk keluar anak2 dr kete bawak masuk dlm rumah. Penat oke! Jejak je kaki dalam rumah, xsempat nk matikan enjin kete lagi.. Aulia dh menjerit “Mama.. yaya nak susu!!” pastu mula la episod kakak lepuk adik balas balik, menjerit, melalak, meraung bagai sampai la ke petang huhuhu.. Otomatik mama pun bertukar jadi resakse gorgon yg asyik terpekik terlolong. Rasanya jiran2 kt area sini pun bley dengar riuh rendah rumah ni cam ada 10 org!

Kol 6 masa utk mandi petang.. ini lg satu penat. Mula2 mandikan Hana.. dh dia xmo kuar bilik air nk main air. Khayla dh start enjin, ek-ek-ek.. nk nangis. Lepas siapkan Hana, suh Yaya masuk bilik air plak dh satu hal. Kejap la, nak tgk TV la, nak nyanyi dulu la.. kecik je aku nampak budak ni, ada yg aku picit kang! Sudah mandi siapkan Yaya.. Khayla dh start meraung sbb mama x layan. Bila amik dia nak bagi menyusu dia dh start melalak cam kena dera. Suakan br**st pun dia xmo. Siap2 keras2kan badan, tendang terajang bagai.. adoii la Khayla.. ko pun kecik2 dh pandai mengamuk?

Baru sepetang jaga 3 beradik ni saya dh rasa semput sgt. Stress giler! Nak letak bontot kejap pun xsempat.. sgt demanding oke jaga budak2 ni. Semoga cepat la saya dapat biasakan diri dengan ke-bizi-an jaga anak sorang2 ni huhuhu.. Camne pun saya kena hadap gak sbb anak2 saya kan? Kalo anak orang lain bley je bg balik kt mak bapak dia ekekeke.. Ya Allah, kuatkan lah semangatku..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: