RSS

Minggu yang mandom

Tengok tajuk je dh bley agak cane perjalanan hidup minggu ni kan? Di mulakan dgn episod Yaya batuk x berhenti sampaikan dh macam nak semput. Sgt kesian tgk dia ter-kong-kiang-kong-kiang mcm org batuk kering. Dah la dia kurus, bila batuk nampak abis tulang timbul.. kesian.. Bila batuk ditambah dgn selsema, hidung tersumbat, melarat ke demam.. alahaii, penatnya nak melayan peel budak x sihat. Lepas bg ubat 2-3 kali, Alhamdulillah batuk ngan demam Yaya baik.

Ingatkan dh abis sampai situ, rupanya bersambung kt Hana plak. Mula ngan demam masa maghrib melarat bawak ke tengah malam. Mula lah episod x tido sbb Hana ni jarang sakit tapi kalo sekali dia sakit mmg mencabar la. Bila dh demam, mcm dijemput je selsema ngan batuk tu dtg join. Masa ni antibodi badan x kuat kan.. Paling x tahan masa ni, everytime Hana batuk atau melalak je konfem muntah. Adoii la.. cam nak bengong je tgh2 malam kena bangun basuh muntah bagai. Bau jgn cakap la kan, masam susu sume cukup. Bagus sebenarnya bila dia muntah tu, salah satu cara utk dia keluarkan kahak bg cepat baik batuk. Bila x kuar kahak then masuk ke paru2 yg sampai kena warded tu.. ada hikmahnya batuk2 tu walopun memenatkan sgt. Hari Selasa saya amik MC sbb dh miong2 sbb malam tu tido kejap2 terjaga. Nasib baik la cinta hati pun baik hati amik cuti sama2 bawak anak gi klinik & jaga anak2..

Ingatkan esoknya Hana dh ok bila makan ubat sume tapi batuk dia makin teruk. Sampaikan susah nak bernafas sbb asyik batuk, gatal tekak kot.. tapi saya rasa ubat yg doc bg tu mmg trigger batuk Hana sbb teruk sgt. Hana plak jenis yg suka makan, bila x sihat tu dia x sedap badan & pahit mulut makanya x lalu makan.. tapi perut lapar. Sudahnya merengek je sepanjang hari. Adoii la.. dh la saya sorang melayan dia kt rumah, hampir je hilang sabar. Dah la tido malam x sempurna, siangnya plak nak melayan dia merengek x tau punca.

2 hari x gi keje, hari ni saya kena hantar gak Hana gi skool. Badan dia masih dedar2 tp saya dh bekalkan ubat2 & pesan suh call kalo condition Hana teruk sgt. Dah la awal pagi td cinta hati dh gi offshore. Penat mental & emosi bila dia xde sbb saya sorang kena handle semua. Di tambah dgn mood mek2 ni yg unpredictable.. kejap mcm laut tenang, kejap cam ribut taufan. Haiisyy.. memang la minggu ini minggu yg mandom..

Sabtu ni plak ada larian 1 Malaysia.. saya sgt penat. 3 weekend berturut2 kena gi skolah. Minggu depan sukan plak & saya jadi penyelaras utk sukaneka PKI tahap tinggi. Cepat2 lah sihat anak2.. bila korang x sihat, mama pun penat. Semoga hari2 seterusnya bakal ada sesuatu yg boleh mereleasekan segala penat ni..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: