RSS

Apekah?

Me g bank bayar duit kete lepas balik sekolah td. Selalunya hubs yg g bayar tp kali ni dh dekat due tp hubs masih lg kt laut. Lepas amik nombor, me pun g duduk tunggu giliran. Tetiba sorang lelaki dtg dekat then senyum..being me yg mmg sombong kt org yg me x kenal, me ignore je la. Maybe dia senyum kt org belakang atau sebelah2 me. Tetiba dia dtg duduk kt kerusi sebelah then mulakan conversation..

X : Awak keje kt Pekan ek? Selalu nampak kete awak kt sana..

Me : (Tengok keliling kot2 dia bercakap dgn org lain..bila konfem baru angkat muka then angguk. Malas nk layan.)

X : Keje apa?

Me : Mengajar (sambil mata dok tgk2 nombor yg x sampai2 lagi)

X : Cikgu? Uishh..kaya ek jd cikgu skrg. Bleh pakai Honda..

Me : Bukan kete saya, kete suami..

X : Ooo..(angguk then diam). Lambat lg la turn saya. Eh, kt sebelah bank ni ada kedai. Jom g minum..

Me dh nk tersentap jantung. Bukan ke baru td me ckp me dh bersuami?

 

TINGG!!

 

Alhamdulillah..saved by the bell! Giliran me dh sampai..cepat2 me g kaunter, bayar then menyusup celah2 orang ramai keluar dr bank. Terkocoh-kocoh masuk kete, terus lock. Sangat horror bila terbayangkan cerita2 dlm movie hukhuk! Masa drive asyik tgk cermin belakang je takut ada orang follow. Huhu..sgt trauma oke! Nasib baik la bila balik umah mama ngan abah ada temankan me kt umah. Rasa selamat la sikit.. Kalo x, hati me ni x tenang je pikirkan macam2. Camne dia bleh tau me keje kt Pekan? Dia pernah follow kete me ke? Mende2 camni lah yg buatkan me takut bila hubs tinggalkan kami dua beranak. Bukan apa..sekarang ni manusia makin kejam & x berhati perut. Anything can happen. Ya Allah Ya Tuhanku..selamatkanlah hidup kami anak beranak & lindungilah kami dr segala kejahatan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 say what?:

Jiey Mien said...

Scary gak ni.. Tapi org skrg ni jenis tak heran.. Laki orang ke.. Bini orang ke.. Main rembat aje.. Mintak dijauhkan..