RSS

Risau

Masuk kali ni dh 3 kali me call nursery tanyakan Aulia..huhu..nanny2 tuh mesti hangin je sket2 call macam la derang x pernah jaga budak. Tapi sibbaik derang paham 1st time hantar anak mesti la asyik call je sepanjang hari. Hati ibu mana yang x risau pk kan anak yg dh 2 tahun,dh cerdik-kenal orang tup2 anta kt org x kenal huhu..
Pagi tadi hubs dengan baik hatinya tunggu g lambat sket..kol 6.30 baru gerak. Mesti hubs tau bininya risau sampaikan tido malam pun 2-3 kali terjaga huhuhu..tambah lagi Aulia batuk kongkang2 kesian sgt dengar. Kalo la boleh sakit tu dipindahkan, rela je me tanggung batuk tu. Biarlah rasa nk pecah dada pun dari si kecik tu menanggung. Pagi td masa salin pampers Aulia terjaga sampai la me angkat dok dlm car seat, Aulia tanya "nak pegi mana ni?" me gtau la "kan mama dh cakap semalam, harini yaya pegi school." Aulia tengok je pastu tanya lagi "papa?" alahaii, sayunya hati.."papa pi work..mama pun pi work. Yaya kena g school la.."
Sampai nursery yg kt hujung lorong, lepas angkut segala barang..nk amik Aulia dia start merengek..adoyaii anak..macam disiat2 hati mama ni tengokkan anak sedih. "Mama pi work sayang..yaya duduk la sini ek. Nanti ley main menan..nanti yaya de fren ramai.." muka yaya sedih je dengar me cakap sambil kelek botol susu..
Lepas kiss papa, me terus pas Aulia kt nanny tu.. ALHAMDULILLAH..dia suakan badan dia kt nanny tu. Pastu me babai..dia x nangis tp me yg dh sebak macam nk pecah dada hukhuk!! Drama tul.. masa call td nanny cakap Aulia ok, x nangis..pandai bawak diri cumanya dia nk ada orang sentiasa dok dekat dia. Ok la tu kan..xde la merap sampaikan asyik nangis je sampai orang pun meluat huhu..mintak2 la berterusan la Aulia senang dihantar ke nursery. Jangan esok dia mengamuk x hengat dunia sudah!! Xsabar nk balik jumpa Aulia!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: