RSS

Training anak dua

Sampai di KL lebih kurang kol 2.30 petang. Lepas setel check-in, solat sume bawak Aulia gi makan & jalan2 kt KLCC. Dah lama giler x bawak baby dalam stroller rasa cam kekok la plak huhuhu.. Sangat penat oke nk handle anak yg baru 2 orang nih, dengan Aulia yang terkinja2 pastu berlari ke sana ke mari.. dengan nk sorong adiknya dalam stroller bagak uwaaaa!! Nasib baik papa ada sama. Cam pelik je sbb dulu handle dia sorang je skrg ni kena bahagi la. Aulia papa jaga, Hana lak of course la dengan mama sbb milky bar kan?

Malamnya plak tido x hingat dunia sebab sepetang melayan kerenah Aulia. Adoii la.. dengan Hana yg every 2 hours merengek nk susu rasa cam mimpi je bila dengar dia nangis huhuhu.. Sebesar2 katil kt hotel pun ley x muat. Bukannya xde baby cot tapi dedua beradik nak tido sekali. Xde peluang mama ngan papa nk smooching2 sampai ke pagi, potong tul! Bila angkat bagi tido kt cot dedua merengek nk naik balik atas katil. Sudahnya papa tido mengiring sebelah kiri, mama mengiring gak sebelah kanan uwaaaaa.. belum pepe dh conquer kawasan. Ini bukan cuti2 Malaysia.. ini training menjaga anak dua huhuhu..

Harini papa de meeting. Kalo dulu masa berdua dengan Aulia je bleh la nk bawak dia gi jalan2 KLCC xpun gi park. Tapi sekarang dengan terhegeh2 nak sorong adiknya dalam stroller lagi mau tetiba hilang lak Aulia kang. Biar la dulu.. take time nak biasakan diri de anak dua ni huhuhu.. Aulia sekarang aktif terlebih, asyik berlari je ke sana ke mari pastu bontot tuh de duri kot.. xreti la nk dok diam. Berjalan je keje dia! Kurus la mama sementara nak biasakan diri nak handle anak dua ni.. fuh.. kurus la cepat.. kurus la cepat.. amiiinnn ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 say what?:

~ Ibu ZAAZ ~ said...

he he he...baru dua. pening kan?

m@y said...

ha'ah..baru dua dh pening.sorang berlari ke sana ke mari.sorang merengek nk nenen,nk dukung..adoii la.. ;p